Khamis, 1 Oktober 2009
Dunia o dunia
Gempa bumi gegarkan Malaysia

KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.
Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.
Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.
"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.
"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
syed.zulkarnain@kosmo.com.my
manjungcorner :
Marilah kita sama-sama renung sejenak kejadian yang telah berlaku semalam dibeberapa buah negara termasuklah negara malaysia sendiri,kejadian2 berikut berlaku tanpa sebarang amaran dan tentunya semua ini adalah petanda dari Allah s.w.t untuk memberi peringatan kepada manusia tentang apa yang telah mereka dan kita lupa tentang tujuan kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini.Di malaysia terdapat banyak kejadian2 yang menimpa antaranya gegaran yang berlaku disekitar Kuala lumpur,penang.ribut kuat yang berlaku,hujan batu dan sebagainya.Jadi renung2 kan.
Khamis, 17 September 2009
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PRESIDEN PAS
| klik untuk kejelasan image Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri. Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Ikhlas, Presiden PAS |
Rabu, 16 September 2009
Yang baik disayangi yang jahat di.............................. lu fikir la sendiri
Isnin, 14 September 2009
XPDC DAKWAH DI WATER FRONT LUMUT
Malam ahad baru-baru ini DPPKLumut bergabung dengan DPPK Bagan Datok telah mengadakan xpdc dakwah dilumut,program bermula dengan tahlil dan majlis berbuka puasa di surau Taman samudera,Dppk Bagan Datok diwakili oleh ketua pemuda berserta dengan beberapa org AJK,sementara Dppklumut pulak disertai oleh pemangku ketua pemuda dan jugak beberapa org Ajk.Setelah selesai sembahyang terawih dan bertaaruf maka kami pun bergerak ke Pekan lumut.Program ini bertujuan untuk mendekati golongan muda,memang ramai golongan-golongan ini apatah lagi pada malam minggu,biarpun bulan Ramadhan tetapi aktiviti2 santai tetap ada.
Jumaat, 11 September 2009
Inkues Beng Hock: Permohonan semakan SPRM ditolak
PETALING JAYA 10 Sept. - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan koroner bahawa keterangan seorang suspek, T. Sivanesan adalah relevan kepada inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati Koroner Azmil Muntapha Abas tidak terkhilaf ataupun melakukan perkara yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar di sisi undang-undang ketika membenarkan Sivanesan memberi keterangan sebagai saksi.
Wee Siam yang bersidang di sini turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup yang mewakili SPRM agar prosiding inkues ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Beliau sebaliknya memerintahkan agar Mahkamah Koroner Shah Alam mendengar prosiding inkues seperti biasa pada pukul 9 pagi esok.
Semalam, peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM memfailkan permohonan semakan terhadap perintah Azmil yang membenarkan Sivanesan yang pernah disoal siasat oleh SPRM Selangor lebih setahun lalu memberi keterangan pada prosiding inkues.
Azmil membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo setelah koroner tersebut berpendapat keterangan Sivanesan adalah relevan dalam membantunya mengenal pasti punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.
Namun belum sempat Manoj berhujah, peguam Karpal Singh dan Gobind yang mewakili keluarga Beng Hock mengemukakan bantahan awal dengan alasan permohonan itu perlu dikemukakan secara rasmi dan disokong oleh afidavit, selain mempertikaikan kehadiran Manoj.
Bantahan awal Karpal bagaimanapun ditolak kerana menurut Wee Siam, beliau telah meneliti nota prosiding kes tersebut.
Manoj dalam hujahannya menyifatkan keputusan Azmil bukan sahaja silap di sisi undang-undang malahan keterangan Sivanesan semata-mata hendak memburuk-burukkan dan mencemarkan imej SPRM.
Sehubungan itu, Manoj memohon Wee Siam menggunakan kuasa semakan yang ada untuk memadamkan keterangan Sivanesan dan juga gambar-gambar kecederaan lelaki itu yang didakwa disebabkan oleh kakitangan SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
Ketika membalas hujah, Gobind mendakwa, kakitangan SPRM yang menjadi saksi inkues tidak bercakap benar dan hanya menafikan berlakunya penderaan menyebabkannya terpaksa memanggil Sivanesan untuk memberi keterangan.
Inkues yang masuk hari ke-20 akan didengar di Mahkamah Koroner Shah Alam esok seperti arahan Mahkamah Tinggi.
Khamis, 10 September 2009
Bonus Raya 1Malaysia ? - Kita mesti sokongg..!!
Inilah gambaran BONUS-RAYA untuk kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh 1Malaysia kelmarin. Ada yang terus mengucapkan, Alhamdulillah..inilah kebaikan kerajaan BN, kita mesti sokongg..! Dan ada juga yang mengucapkan, per ke jadah..bagi bonus berpilih-pilih plak ! Lagi di SINI.(*) LHakim kata pulak,
- kenapa nama "bantuan khas"?? tak guna perkataan "bonus"????
- kenapa bagi pada kumpulan sokongan je...?? kenapa tak bagi pada semua???
- orang lain tak buat kerja ke...??? kumpulan sokongan je yang dok wat kerja ke???
- kumpulan sokongan saja ka yg ada beban yg perlu diringankan???
- kerajaan tak kaji ka pegawai sokongan yang bergred DG32 ke atas lebih besar gaji dari pegawai
gred DG41?
- cikgu2 gred DG41 di sekolah rendah paling kesian.. dengan majoriti guru di sekolah mendapat "bantuan raya" termasuk guru besar yang bergaji lebih besar...guru besaq buleh gelak tunjuk pungkok la kat depa
Didera sampai dua kali pengsan - Penolong pengurus syarikat swasta buat dakwaan malukan SPRM

![]() |
| SIVANESAN |
SHAH ALAM - Saksi ke-20 inkues kematian Teoh Beng Hock, T. Sivanesan memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam bagaimana dia ditampar, ditendang di perut dan punggung serta disepak selepas dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam pada 4 September tahun lalu.
Dia yang merupakan penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Kuantan, Pahang dalam keterangan pada hari ke-19 prosiding inkues tersebut turut mendakwa dia disuruh membuka pakaian kecuali seluar dalam ketika siasatan dilakukan pada pukul 12 tengah malam hari sama.
"Saya dibawa ke SPRM oleh 10 hingga 15 pegawai SPRM dan apabila sampai di tingkat 14, saya nampak seorang pegawai tinggi berkaca mata sedang membalut sebatang aluminium dengan surat khabar.
"Lelaki berkaca mata itu kemudian meletak aluminium itu dan menampar pipi saya lima hingga enam kali sebelum menyuruh saya menandatangani surat tahanan.
"Bila saya enggan, dia kata saya keras kepala dan paksa saya tanggal baju hanya tinggal seluar dalam sebelum 10 pegawai SPRM lain menampar dan menendang saya serentak dalam keadaan kedua-dua tangan saya bergari ke belakang," katanyaManjungcorner
Agak2 ada tak orang nak percaya dakwaan tersebut,kalaula UMNOGOK yang kena cepat2 depa ambik tindakan tapi bila orang yang menentang mereka depa buat tak tau ja,ini satu malaysia punya mangkuk ayun.PI MAMPOS LA UMNOGOK DAN NAJIB ALTANTUYA
Rabu, 9 September 2009
DS NIZAR : PROGRAM 09.09.09 @ MANJUNG
PADA 09.09.09 (RABU)
JAM 12.00 TGH
Upacara Perasmian Restaurant Michelin Star (YB Nga Kor Ming) berhampiran Pakar Perubatan Manjung.
2. Sumbangan Ramadhan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan Miskin Kampung Telaga Nenas dan Kampung Teluk oleh Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin ADUN Pasir Panjang
Tarikh : 9 September 2009 (Rabu)
Tempat : Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar Perak.
Jam : 5.00 Petang
Selasa, 8 September 2009
Satu Malaysia
Khamis, 27 Ogos 2009
SEKS : CHUA DIPECAT MCA
Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.
Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.
Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira 9 malam ini, MCA memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.
Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.
Tokoh yang dianggap pencabar utama Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.
Kata Chua lagi, Majlis Presiden - yang masih bermesyuarat pada waktu ini - selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.
Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas bekas menteri kesihatan itu dipecat.
Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh yang paling ketat dan ancaman paling besar."
Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau melakukan hubungan seks dengan seorang teman wanitanya.
Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.
Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Chua.
Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Sumber Malaysiakini
Rabu, 26 Ogos 2009
MB Kedah: Sultan perkenan lucut jawatan Mohd Radzhi
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak.
Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik Adun Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli bebas.
Akibat daripada itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak telah mengadap Sultan Kedah untuk mendapat perkenan supaya jawatan Mohd Radzhi Salleh sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia dulucutkan.Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia
PAS KEKAL DI PERMATANG PASIR

PAS - 9618
BN - 5067
MAJORITI - 4551
Syukur Alhamdulillah,atas ni'mat kemenangan.
Tahniah YB. Ust Salleh Man.
Terima kasih buat pengundi-pengundi.
Syabas buat seluruh jentera Pas dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus-lumus bagi memastikan kemenangan ini.
Kejayaan ini terlalu amat manis untuk dikecapi.
Ni'mat dan Barakah bulan Ramadan.
Permatang Pasir Kesinambungan Badar el-Kubra.
-Nur12-
Selasa, 25 Ogos 2009
Maaf YB Zul... Afidavit Pembelaan YB Lunas Irrelevent!
Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib. maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim. Muhammad Sanusi Md Nor
setpol MB Kedah.
Sebat Kartika kecoh
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Irwan Shafrizan Ismail dan Yusliza Yakimir Abd Talib
bhnews@bharian.com.my
9.25 pagi: KARTIKA diiringi keluar dari rumahnya di Kampung Jawang dekat Sungai Siput oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang menaiki van untuk dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan. |
Van Jaip bawa model ke Penjara Kajang patah balik selepas bergerak kira-kira 200 meter
SUNGAI SIPUT: Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.
Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.
Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.
komen manjungcorner :
Kenapa bila hukuman nak dijalankan baru ada kekecohan,hukuman sebat ditunda kerana diarahkan oleh peguam negara,dan JAIP sendiri tidak tahu mengenainya.Harian bin Ajaib,pihak yang bertanggungjawab sendiri tidak tahu menahu,pasti ada udang disebalik mee,apa2 pun bak kata Nabil LU PIKIAQ LA SENDIRI.MC rasa la depa takut rakyat nak hukum hudud diadakan kot,2 yang depa pakat ketaq lutut.
Selamat mengundi

Setelah 8 hari berkempen,tentunya setiap parti yang bertanding sudah ada perkiraan tersendiri.Bagi Pas sebagaimana yang diluahkan Dato Mahfuz Omar,Pengarah Jentera bagi pilihanraya kecil ini,bahawa congakan keputusan undian sudah berada dalam 'kocek'nya."Cukup bagi Pas,walau pun menang dengan 1 undi" katanya.Kata-katanya ini mempunyai maknanya yang tersendiri.
Keputusan dijangka diumum seawal jam 8 malam ini.Apakah pengundi-pengundi Permatang Pasir akan terpengaruh dengan janji-janji retorik pembangunan oleh BN?Janji untuk dianak emaskan oleh Muhyiddin Yasin?
Apa pun setiap pengundi tentunya telah mempunyai pilihan masing-masing.
Tidak semua berpeluang mengundi dibulan Ramadan,bulan yang mulia.Dppkl dengan ini ingin merayu buat kali terakhir,di atas semangat Badar el-Kubra,sebelum anda tiba di meja undian,sudilah kiranya tuan-puan menggunakan peluang 'keemasan' ini untuk memisahkan antara hak dan batil.Persetankan janji-janji retorik penbangunan.Biarlah Be End dengan pembangunan mereka.
Kita ada Allah.Kita ada Rasul.Mengundilah atas nama Allah dan kerana Allah Taala.mengundilah atas nama kebenaran.Takbir
Selamat mengundi.
Isnin, 24 Ogos 2009
Hormatilah Ramadhan
katak oh katak



Nampaknya budaya melompat dikalangan adun jadi lagi,semalam seorang lagi adun dari PKR telah mengisytihar keluar parti dan jadi adun bebas,apa dah jadi.UBN kalau pun nak tumbangkan Pakatan Rakyat jadilah gentelman sikit jangan guna cara macam ni.Dulu bila ada ura2 ada dikalangan adun BN nak melompat ramai dikalangan pengampu parti dan pimpinan beriya2 supaya digubal undang2 untuk menghalang dari Adun ataupun ahli Parlimen melompat,tapi bila kena kat pakatan rakyat masing2 buat muka toya saja,memang la patut Tuk guru nik aziz Kata UMNO CELAKA.cuba hangpa tengok gambar depa bertiga ni,macam nak sama la muka depa,perangai pun lebih kurang ja.
TAZKIRAH RAMADHAN. APA ADA DENGAN TAMAR

Buah Tamar atau dikenali sebagai buah Kurma adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah memerintahkan Maryam untuk mengoyangkan pohon Tamar supaya buahnya gugur untuk dimakan oleh Maryam semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas : " Sesiapa yang makan tujuh biji Tamar A'jwah maka sihir dan racun tidak dapat memudharatkannya."Tidak ada yang lebih baik dari Tamar sebagai makanan dan ubat kepada perempuan yang hamil. Antara kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada buah Tamar ialah:
* Memberi kekuatan kepada urat dan anggota badan.
* Melambatkan proses penuaan lebih-lebih lagi sekiranya diminum dengan susu.
* Khasiat yang ada pada buah Tamar lebih baik daripada daging dan tiga kali ganda daripada ikan.
* Mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah kurang darah dan sakit dada.
* Jika diminum dalam bentuk jus maka ia sangat baik bagi kanak-kanak,orang tua,ahli sukan,buruh dan perempuan hamil.
* Menambahkan berat badan bayi.
* Menjaga kelembapan mata, menambah kilauan mata, mencegah biji mata daripada terkeluar, mencegah daripada terjadinya selaput mata dan menguatkan penglihatan.
* Menguatkan pendengaran.
* Mengurangkan gementar dan menambahkan ketenangan jiwa jika dimakan diwaktu pagi bersama susu.
* Melembutkan saluran darah serta mengekalkan kelembapan organ penghadzam yang mencegah daripada pendarahan.
* Menguatkan daya pemikiran.
* Mempercepatkan proses penghadzaman.
* Menguatkan tenaga batin dan mencergaskan badan.
* Melawaskan buang air kecil, membersih hati, mencuci buah pinggang, mengubati batuk,mengimbang kadar asid di dalam darah.
* Menguatkan rahim bagi ibu yang sedang hamil.
* Memudahkan ibu bersalin dan mengurangkan tumpah darah ketika bersalin.
* Membersih racun dalam darah.
* Membunuh cacing di dalam perut.
* Mempunyai kadar serat yang tinggi.
* Memberi tenaga yang segera selepas berbuka.
Ayid>>>> Bulan Ramadhan ini kena buat tazkirah sikit
Posted: by Saidi
Sumber:
www.55a.net
Jumaat, 21 Ogos 2009
Selamat datang Ramadhan
K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712




