Jumaat, 8 Mei 2009

Ibu oh ibu

Esok hari ibu,bersempena dengan itu penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu2 di luar sana,penulis teringat betapa ibulah yang banyak memberi dorongan hingga penulis berada di tahap ini tapi syangnya tepat 20 mei tahun 2008 ibu penulis menyahut panggilan ilahi tanpa sempat penulis memohon keampunan darinya,tanpa tanda ibu meninggalkan penulis disaat penulis hendak sangat membalas segala jasa dan pergorbanan yang begitu banyak arwah ibu taburkan,tetapi Allah lebih menyayanginya,ibu pergi dengan wajah yang tenang dan tanpa sakit yang berat,tetapi penulis tau arwah banyak menderita menanggung rindusetelah arwah abah jugak meninggalkan kami bulan mei 2007 genap setahun ibu pulak meninggalkan kami adik beradik,rasa terlalu singkat kehidupan kami bersama mereka,waktu itu umur ibu baru 54 tahun,penulis benar2 tidak menyangka ibu telah pergi,kenangan bersamanya tetap bersemadi walaupun setahun sudah berlalu,moga2 roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,kenapa anda di luar sana yang masih mempunyai ibu sayangi lah mereka selagi mereka ada,hanya kami yang tahu apa rasanya melihat melihat org lain dapat lagi bersama ibu mereka.

Berita merapu

Masuk pejabat pagi sempat jugak selak surat khabar kosmo ngan berita hairan,berita muka depan hari ni Pembangkang biadap,amboi sedap betui depa tulis berita ni,apa yang pasti tulisan 2 berbalik kepada MB kudeta iaitu zambri kerana mereka yang biadap tidak menghormati sidang dewan dan tidak mahu mengikut arahan dari speaker iaitu Sivakumar,kerana apa penulis mengatakan begitu

1.Sebelum usul memecat speaker dilakukan,itupun kalau sah la,sivakumar adalah speaker yang sah jadi segala arahan datang darinya,tetapi kenapa UBN tidak mahu mengikut arahan tersebut,Sedangkan pandikar amin iaitu speaker dewan negara mengatakan kalau arahan speaker tidak didengar lebih baik tak payah ada mesyuarat,itu kalu kena atas batang hidung depa

2.Usul yang dibawa oleh UBN ternyata tidak menghormati sidang dun kerana apa,mesyuarat hanya boleh dijalankan setelah Sultan ataupun Raja Muda merasmikan sidang dun,semalam Raja nazrin belum lagi merasmikan sidang tersebut tetapi dengan dengan suka hati UBN telah membawa usul supaya Sivakumar dipecat dan diganti oleh speaker ular ( Ganesan ) yang mana exco kanan UBN pernah berkata kalau jumpa ular dengan org India,katok org india dulu baru katok ular 2.Ini undang2 mana depa pakai,lps 2 dok tuduh Pakatan Rakyat buat undang2 rimba.

3.Kenapa mereka mengunakan khidmat org luar yakni polis untuk menolong mereka,kerana mereka tahu tanpa bantuan polis mereka tidak kan berupaya untuk merampas jawatan speaker,polis sepatutnya tidak campur tangan di dalam sidang dun kerana selain Sultan,speaker la yang mempunyai full autority.Hang pa Polis pi jaga penyagak yang kt luaq dah la,banyak jenayah berlaku sbb hang pa dok p buat keja lain.

kesimpulannya siapa yang kurang ajar dan buat undang2 rimba,renung2 lah.




K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712