Khamis, 27 Ogos 2009

SEKS : CHUA DIPECAT MCA

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira 9 malam ini, MCA memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Chua lagi, Majlis Presiden - yang masih bermesyuarat pada waktu ini - selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas bekas menteri kesihatan itu dipecat.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh yang paling ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau melakukan hubungan seks dengan seorang teman wanitanya.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Sumber Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712