Selasa, 5 Mei 2009

Pas tetap diterajui ulama – Nik Aziz

KOTA BHARU 4 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.

Beliau menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.

Katanya, ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:

“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional.

“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta menyatakan pendirian mengenai individu yang layak memimpin dua jawatan tertinggi Pas dalam polemik yang tercetus menjelang pemilihan Jun ini.

Baru-baru ini, Mohamed Daud dilaporkan berkata, jawatan tersebut perlu disandang oleh golongan ulama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Kenyataan Mohamed bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu.

Nik Abdul Aziz yang pertama kali menyatakan pendiriannya mengenai perkara ini selepas pulang dari mengerjakan umrah semalam menyeru semua pihak supaya kembali kepada ajaran Islam.

Beliau mengingatkan kembali sejarah kepimpinan dalam Pas suatu ketika dulu apabila berlaku kesilapan memilih menyebabkan beberapa pemimpin telah berpaling tadah.

“Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat.

“Kita pernah pilih Datuk Hassan Adli sebagai pemimpin tetapi dia berpaling tadah. Ini buktinya pemimpin yang dilantik mestilah seorang Islam yang mukmin,” jelasnya.


Speaker cuba tangguh DUN Perak




IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mendakwa telah menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui Pejabat Istana Kinta di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan Sidang DUN Perak yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Sivakumar memberi alasan penangguhan itu perlu dilakukan kerana kes melibatkan kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah.

Selain itu, Sivakumar turut menyuarakan kebimbangan akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipercayai agak sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

Sivakumar yang cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Dalam pada itu, tindakan Sivakumar tersebut disifatkan Exco Kanan kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman sebagai memperlihatkan sikapnya untuk menggagalkan sidang berkenaan.


Tender camry ditutup, pembida tidak ramai


DERETAN 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dalam proses dilelong dan diletakkan di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.


IPOH - Tempoh tender untuk melelong 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dibeli oleh kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir semalam dengan hanya tujuh sampul surat borang dikembalikan.

Sejak tender itu dibuka pada 28 April lalu, sebanyak 40 borang tender telah dijual dengan harga RM20 satu, majoritinya diambil oleh orang perseorangan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman berkata, pihaknya tidak menyangka maklum balas yang diterima begitu sedikit.

Namun, jelasnya, ia bukan bermakna satu sampul hanya untuk sebuah kereta.

"Jumlah tender dan pembida hanya akan ditentukan pada 6 Mei ini (esok) kerana kita belum dapat memastikan bilangan kenderaan yang telah ditender sehingga kini.

"Jika ada kereta yang belum ditender, borang akan dijual lagi kepada orang ramai dengan segera,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Shamsulzaman, kesemua 16 unit kereta Toyota Camry 2.4 ini akan dilelong di bawah pemantauan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamal Mat Hussain.

  • sumber dari kosmo


Bertaubatlah wahai manusia

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.
Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.
Bomoh tersebut dikatakan dibawa khusus ke bilik persidangan dan fokusnya adalah tempat duduk VIP seperti kerusi DYMM Tuanku Sultan Perak, Speaker dan Menteri Besar.
"Menteri Besar Barisan Nasional Dr. Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim perlu mengambil tanggungjawab atas insiden kurafat yang memalukan ini.
"Jika insiden ini dalam pengetahuan Dr. Zamry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim maknanya mereka telah merestui kerja-kerja syirik yang dikutuk oleh Allah, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Mereka katanya mesti bertaubat dan memohon maaf kepada Sultan sebagai Ketua Agama Negeri dan seluruh rakyat beragama Islam dan dalam masa yang sama meletakkan jawatan.
"Jika perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan, mereka tidak layak memegang tugas besar Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan kerana kecuaian yang melampau.
"Siasatan mesti dibuat oleh jabatan Agama Islam Perak secepat mungkin tanpa rasa takut," katanya.
Bagi DYMM Tuanku Sultan Perak adalah disarankan demi menjaga nama baik baginda supaya membatalkan keberangkatan ke Sidang DUN pada 7 Mei inii kerana insiden yang mencemarkan institusi Raja sebagai Ketua Agama dan Payung Rakyat, katanya.
-harakahdaily-

Makanan oh makanan

Setelah beberapa hari menulis dalam blog ni,ana dah rasa serasi dan ada saja idea yang datang untuk dititipkan dalam blog ni,hari ni dapat idea nak menulis pasai makanan yang kita makan hari-hari baik dirumah ataupun kat kedai,sekarang ni ana dok tengok orang melayu dah tak sensitif pasai makanan ni,kalu tidak tak kan ada org melayu dok pi makan kedai cina,mcm apa yang diusulkan dalam mesyuarat agong baru2 ni,ada usul supaya kawasan buka pasaraya yang berasaskan produk islam,dan jawapan dari bendahari pas akan diusahakan.Kita harapkan semoga ada pihak yang menyediakan produk2 yang halal dan bersih untuk digunakan oleh orang islam di sekitar manjung ni,cuma kita mestilah menyokong perniagaan tersebut dengan membeli barang yang berasaskan benda yang bersih dan halal. Apa yang kita makan akan jadi darah daging kita,bila makan benda2 yang tak bersih jadi hati pun jadi tak bersih sama,jadi harapan ana kepada para peniaga,berlaku jujurlah kepada penguna anda,sebagai penguna kita tak kan bersoal siasat pulak dengan peniaga,misalnya telur ni dibasuh ke tidak,mee atau bihun sapa yang buat,jadi ingatlah kita berniaga bukan untuk kaut keuntungan saja tapi memharap keredzaan Allah,teringat ana masa sekolah pondok dulu ada la seorang senior ana dari trenganu,dia ni kalu nak beli makan mesti dia akan soal dulu,itu dan ini,kalu dia puas hati baru dia akan beli,boleh ka kita jadi macam dia? jadi untuk santapan minda pagi ni renung2kan dan fikir2 lah,salam

Munajat dan solat hajat

PAS Perak meminta semua PAS Kawasan mengadakan Munajat dan Solat Hajat di Markaz PAS masing-masing mulai malam esok sehinggalah selesai sidang DUN. Solat Hajat dan Munajat diadakan bagi memohon dan mengadu kepada Allah swt. supaya persidangan DUN 7 Mei ini berjalan dalam keadaan yang baik dan tenteram, memohon supaya segala perancangan jahat dapat dihindar dan digagalkan dan memohon supaya Tuanku terbuka hati membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan baru negeri Perak.
Selain itu, Solat Hajat dan Munajat Perdana turut akan diadakan pada 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Kg. Tengku Husein bermula jam 5.00 pagi 7hb. Mei. Muslimin Muslimat diseru hadir demi keamanan dan keadilan di negeri Perak Darul Ridhuan.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712