Tuk Guru Kito


Selasa, 25 Ogos 2009

Sebat Kartika kecoh

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Irwan Shafrizan Ismail dan Yusliza Yakimir Abd Talib
bhnews@bharian.com.my


9.25 pagi: KARTIKA diiringi keluar dari rumahnya di Kampung Jawang dekat Sungai Siput oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang menaiki van untuk dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan.

Van Jaip bawa model ke Penjara Kajang patah balik selepas bergerak kira-kira 200 meter

SUNGAI SIPUT: Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.

Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.

komen manjungcorner :

Kenapa bila hukuman nak dijalankan baru ada kekecohan,hukuman sebat ditunda kerana diarahkan oleh peguam negara,dan JAIP sendiri tidak tahu mengenainya.Harian bin Ajaib,pihak yang bertanggungjawab sendiri tidak tahu menahu,pasti ada udang disebalik mee,apa2 pun bak kata Nabil LU PIKIAQ LA SENDIRI.MC rasa la depa takut rakyat nak hukum hudud diadakan kot,2 yang depa pakat ketaq lutut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712