Tuk Guru Kito


Sabtu, 16 Mei 2009

Sultan Perak bukan punca kemelut politik - Najib

MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda juga bukan punca kemelut politik di negeri itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Azlan memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar setelah mengambil kira Barisan Nasional (BN) negeri itu memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, dibuat selepas menilai surat perakuan majoriti anggota DUN yang menyatakan sokongan kepada BN.

''Mengikut sistem demokrasi di negara ini, rakyat memilih wakil rakyat dan sultan di negeri-negeri akan melantik calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam DUN untuk menjadi Menteri Besar,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang, di sini hari ini.

Najib mengulas kritikan-kritikan pembangkang yang menyalahkan Sultan Perak berikutan krisis politik di negeri itu serta menuduh baginda menjadi punca kepada kemelut politik di Perak yang kini sudah berlarutan lebih tiga bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak bahawa Sultan Azlan menggunakan prosedur yang sama melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum 2008.

''Jadi jangan salahkan Tuanku. Baginda (Sultan Perak) menggunakan kaedah dan prinsip yang sama ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru dan tindakan Tuanku (Sultan Perak) itu tidak boleh dianggap melanggar Perlembagaan,'' katanya.

Beliau berkata, ketika pakatan pembangkang menang majoriti kerusi DUN Perak selepas pilihan raya umum lalu, ia pun bukanlah gabungan parti yang berdaftar.

Atas kedudukan itu, sekiranya Sultan Perak hendak melantik semula Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, beliau boleh berbuat demikian kerana BN adalah parti tunggal berdaftar yang mendapat majoriti kerusi di DUN Perak pada masa itu.

'' Tetapi atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang di negeri itu (Perak), Tuanku sebaliknya mendapatkan surat perakuan mereka dan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar," katanya.

Perdana Menteri juga menegaskan pelantikan Zambry melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak serta sistem demokrasi di negara ini.

''Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan, seperti yang mereka lakukan di DUN Perak sekarang. Siapa suruh gantung Menteri Besar dan Exco BN daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak.

''Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian juga boleh diumpamakan seperti BN yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen bertindak menggantung 20 anggota Parlimen pembangkang jika BN mahu.

'' Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila sesebuah parti mempunyai majoriti, Speaker boleh gantung enam anggota parti itu. Jika begitulah keadaannya, kita (BN) pun boleh gantung enam orang anggota mereka (pembangkang) di Parlimen," tambah beliau.

Najib juga menafikan beliau menjadi punca kemelut politik di Perak dan harus bertanggungjawab atas tindakannya kerana terbabit 'merampas kuasa' kerajaan negeri Perak pada awal Februari lalu.

''Apabila tiga anggota DUN pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan pakatan pembangkang dan menyokong BN, sehingga dia (Mohammad Nizar) turut hilang kepercayaan. Sayakah yang bertanggungjawab?'' tanya beliau.

Perdana Menteri turut mengulas mengenai lompat parti, sambil menjelaskan bahawa ia dibenarkan oleh undang-undang dan ia pernah berlaku di negara lain, termasuk di negara maju.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pernah beberapa kali berpindah parti dan baru-baru ini seorang senator daripada Parti Republikan di Amerika Syarikat berpindah ke Parti Demokrat.

Beliau menjelaskan bahawa BN tidak merampas kuasa kerajaan negeri di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan serta undang-undang.

JAIM pindahkan makam Sultan Ariffin


KERATAN Kosmo! 10 Mei.


MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertekad untuk memindahkan lokasi makam Sultan Ariffin di Pulau Besar ke satu tempat yang belum ditentukan bagi mengelak pemujaan berterusan di pulau berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, langkah itu difikirkan perlu bagi membendung amalan khurafat.

Sehubungan itu, pihaknya akan ke Pulau Besar tidak lama lagi bagi melakukan pemeriksaan terhadap aktiviti di situ dan memusnahkan sebarang objek yang didirikan bagi tujuan pemujaan.

“Saya fikir tidak mustahil Pulau Besar pada satu hari nanti boleh menjadi sebuah tempat yang bebas daripada sebarang pemujaan atau amalan khurafat.

“Apa yang penting bagi golongan bukan Islam yang datang ke pulau itu adalah menghormati peraturan agama Islam apabila berada di Pulau Besar,” jelasnya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas siri laporan Kosmo! sebelum ini mengenai amalan khurafat termasuk bertapa dan perbuatan orang bukan Islam yang berzikir di makam di pulau berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rahimin tidak memberitahu bila tarikh sebenar operasi di Pulau Besar dan pemindahan makam Sultan Ariffin yang menjadi salah satu makam kegemaran pengunjung untuk bernazar dan berzikir di pulau berkenaan.

Selsema Babi dah landa Malaysia


MANGSA kes pertama influenza H1N1 dipercayai terlepas saringan kesihatan di KLIA kerana dia hanya demam sehari selepas tiba dari New York.


KUALA LUMPUR - Selepas merebak ke 34 negara, mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, wabak influenza A (H1N1) akhirnya dikesan di Malaysia semalam dengan mangsa pertamanya seorang pelajar yang tiba dari New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.

Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin.


SUASANA di KLIA tetap seperti biasa semalam selepas negara dikejutkan dengan penemuan kes pertama influenza A yang menjangkiti seorang pelajar selepas dia tiba di lapangan terbang itu pada Rabu lalu.


Sebaik disahkan positif influenza A, dia terus dikuarantin dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan bertindak mengarahkan perintah kuarantin rumah terhadap lima ahli keluarganya sementara usaha mengesan 191 penumpang lain dilakukan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dalam penerbangan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan laporan kes pertama di Malaysia itu ketika dihubungi Bernama semalam.

Tiong Lai turut menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat


Komen Manjung Corner

Apa tandanya ini,kita ingat kita akan terselamat dari wabak ini tetapi semuanya mungkin Allah maha berkuasa,jadi semua rakyat malaysia harus ingat ini adalah amaran dan peringatan dari Allah s.w.t kepada kita,kita di beri peringatan kerana melanggar perintah dari Allah,marilah kita renung bersama2 agar kita semua terselamat dari bala ini.

VK Linggam sebut Hakim yang benarkan permohonan Zambry


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Iklan

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. - azm _


Azamin Amin
Fri | May 15, 09 | 2:59:02 pm MYT

MB: LANTIK DAN PECAT,NAJIB TAK FAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM?


Prof. Dr. Hamirdin b. Ithnin

Assalamualaikum,
Adalah amat memalukan sekiranya mereka yang memegang jawatan awam profil tinggi tidak memahami perjalanan undang undangserta perlembagaan negara. Sekiranya anda dan saya yang bukan dalam bidang ini tidak begitu memahaminya, ia boleh dimaafkan. Tetapi sekiranya perdana menteri tidak memahaminya, itu adalah sesuatu yang amat memalukan.

Perdana menteri mengatakan bahawa sultan yang melantik Nizar, dan sultan yang sama juga melantik Zambry, kenapa rakyat tidak boleh terima perlantikan Zambry? Inilah yang dimenterakan oleh UMNO dan umnoriyyun untuk mentashihkan onar mereka. Juga untuk mengelirukan rakyat. Atau mungkin juga mereka sendiri yang keliru, atau mereka sememangnya benak.

Dalam perjalanan kemelut politik di Perak ini, banyak pihak yang menyokong UMNO/BN membuat kesilapan, samada tidak disengaja, atau disengaja atau sebab bebal. Sebab itulah banyak penghakiman tidak menyediakan hujah bertulis kenapa keputusan penghakiman itu dibuat sedemikian rupa.

Dalam kes perlantikan MB Perak Nizar, prosesnya jelas, dan ia telah dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan. Tetapi dalam kes pemecatan MB Perak Nizar, ia tidak dibuat mengikut apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Ini telah ditashihkan oleh mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Jadi melantik MB punyai tatacara tersendiri. Menurunkan MB juga mempunyai tatacara tersendiri yang berbeza dengan tatacara melantik. Ini yang UMNO tidak paham. Ini yang umnoriyyun tidak paham. Dan semua yang berkomplot dengan mereka tidak paham.

Kalau semudah itu pun tak paham, itu apa tandanya?

Rayuan Nizar: Mahkamah tangguh lagi

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.
Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.
Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.
Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.
Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar.
Pad 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


-Mstar-

KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK


Kempen bubarkan DUN Perak diteruskan dengan lebih pro aktif lagi melalui Kempen Suara Hati Rakyat Perak. Program tersebut telahpun dilancarkan petang tadi di Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Tg. Rambutan.
Hujan lebat yang turun petang tadi tidak menghalang orang ramai menghadirinya.Program tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga Ketua Wanita DAP, PKR dan Ketua Muslimat Pusat turun bagi melancarkan program tersebut.
Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat akan jelajah seluruh negeri bagi mengutip sejuta tandatangan rakyat dalam tempoh seminggu.Wakil-wakil Ketua-ketua Kampung Pakatan Rakyat Perak telah hadir dan menerima poskad serta borang list tandatangan rakyat, mereka akan berperanan mendapatkan tandatangan rakyat di kampung masing-masing bagi menyokong pembubaran DUN.
Kesemua tandatangan rakyat akan dipersembahkan nanti kepada Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan pembubaran DUN.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712