Selasa, 8 Jun 2010

Sepakat rujuk Israel ke ICC




NAJIB membentangkan usul khas mengutuk tindakan komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Gesaan itu terkandung dalam usul yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mencadangkan antara lain keganasan Israel menyerang kapal Mavi Marma ra yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


1 ulasan:

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712