Tuk Guru Kito


Khamis, 17 September 2009

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PRESIDEN PAS



klik untuk kejelasan image
depan.jpg dalam.jpg


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.


Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ikhlas,
Presiden PAS

Rabu, 16 September 2009

Yang baik disayangi yang jahat di.............................. lu fikir la sendiri


Pagi tadi dalam perjalanan penulis ke tempat kerja penulis tertarik dengan gambar yang penulis nampak di tepi jalan,ada yang boleh dijadikan pengajaran dari gambar-gambar tersebut,jadi anda nilailah sendiri.





















Isnin, 14 September 2009

XPDC DAKWAH DI WATER FRONT LUMUT
















Malam ahad baru-baru ini DPPKLumut bergabung dengan DPPK Bagan Datok telah mengadakan xpdc dakwah dilumut,program bermula dengan tahlil dan majlis berbuka puasa di surau Taman samudera,Dppk Bagan Datok diwakili oleh ketua pemuda berserta dengan beberapa org AJK,sementara Dppklumut pulak disertai oleh pemangku ketua pemuda dan jugak beberapa org Ajk.Setelah selesai sembahyang terawih dan bertaaruf maka kami pun bergerak ke Pekan lumut.Program ini bertujuan untuk mendekati golongan muda,memang ramai golongan-golongan ini apatah lagi pada malam minggu,biarpun bulan Ramadhan tetapi aktiviti2 santai tetap ada.

Jumaat, 11 September 2009

Inkues Beng Hock: Permohonan semakan SPRM ditolak

PETALING JAYA 10 Sept. - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan koroner bahawa keterangan seorang suspek, T. Sivanesan adalah relevan kepada inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati Koroner Azmil Muntapha Abas tidak terkhilaf ataupun melakukan perkara yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar di sisi undang-undang ketika membenarkan Sivanesan memberi keterangan sebagai saksi.

Wee Siam yang bersidang di sini turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup yang mewakili SPRM agar prosiding inkues ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Beliau sebaliknya memerintahkan agar Mahkamah Koroner Shah Alam mendengar prosiding inkues seperti biasa pada pukul 9 pagi esok.

Semalam, peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM memfailkan permohonan semakan terhadap perintah Azmil yang membenarkan Sivanesan yang pernah disoal siasat oleh SPRM Selangor lebih setahun lalu memberi keterangan pada prosiding inkues.

Azmil membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo setelah koroner tersebut berpendapat keterangan Sivanesan adalah relevan dalam membantunya mengenal pasti punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Namun belum sempat Manoj berhujah, peguam Karpal Singh dan Gobind yang mewakili keluarga Beng Hock mengemukakan bantahan awal dengan alasan permohonan itu perlu dikemukakan secara rasmi dan disokong oleh afidavit, selain mempertikaikan kehadiran Manoj.

Bantahan awal Karpal bagaimanapun ditolak kerana menurut Wee Siam, beliau telah meneliti nota prosiding kes tersebut.

Manoj dalam hujahannya menyifatkan keputusan Azmil bukan sahaja silap di sisi undang-undang malahan keterangan Sivanesan semata-mata hendak memburuk-burukkan dan mencemarkan imej SPRM.

Sehubungan itu, Manoj memohon Wee Siam menggunakan kuasa semakan yang ada untuk memadamkan keterangan Sivanesan dan juga gambar-gambar kecederaan lelaki itu yang didakwa disebabkan oleh kakitangan SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Ketika membalas hujah, Gobind mendakwa, kakitangan SPRM yang menjadi saksi inkues tidak bercakap benar dan hanya menafikan berlakunya penderaan menyebabkannya terpaksa memanggil Sivanesan untuk memberi keterangan.

Inkues yang masuk hari ke-20 akan didengar di Mahkamah Koroner Shah Alam esok seperti arahan Mahkamah Tinggi.

Khamis, 10 September 2009

Bonus Raya 1Malaysia ? - Kita mesti sokongg..!!

Inilah gambaran BONUS-RAYA untuk kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh 1Malaysia kelmarin. Ada yang terus mengucapkan, Alhamdulillah..inilah kebaikan kerajaan BN, kita mesti sokongg..! Dan ada juga yang mengucapkan, per ke jadah..bagi bonus berpilih-pilih plak ! Lagi di SINI.

(*) LHakim kata pulak,
- kenapa nama "bantuan khas"?? tak guna perkataan "bonus"????
- kenapa bagi pada kumpulan sokongan je...?? kenapa tak bagi pada semua???
- orang lain tak buat kerja ke...??? kumpulan sokongan je yang dok wat kerja ke???
- kumpulan sokongan saja ka yg ada beban yg perlu diringankan???
- kerajaan tak kaji ka pegawai sokongan yang bergred DG32 ke atas lebih besar gaji dari pegawai
gred DG41?
- cikgu2 gred DG41 di sekolah rendah paling kesian.. dengan majoriti guru di sekolah mendapat "bantuan raya" termasuk guru besar yang bergaji lebih besar...guru besaq buleh gelak tunjuk pungkok la kat depa

Didera sampai dua kali pengsan - Penolong pengurus syarikat swasta buat dakwaan malukan SPRM


KESAN kecederaan yang dialami oleh Sivanesan yang mendakwa dirinya didera oleh pegawai SPRM semasa ditahan di Shah Alam September tahun lalu.



SIVANESAN


SHAH ALAM - Saksi ke-20 inkues kematian Teoh Beng Hock, T. Sivanesan memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam bagaimana dia ditampar, ditendang di perut dan punggung serta disepak selepas dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam pada 4 September tahun lalu.

Dia yang merupakan penolong pengurus sebuah syarikat swasta di Kuantan, Pahang dalam keterangan pada hari ke-19 prosiding inkues tersebut turut mendakwa dia disuruh membuka pakaian kecuali seluar dalam ketika siasatan dilakukan pada pukul 12 tengah malam hari sama.

"Saya dibawa ke SPRM oleh 10 hingga 15 pegawai SPRM dan apabila sampai di tingkat 14, saya nampak seorang pegawai tinggi berkaca mata sedang membalut sebatang aluminium dengan surat khabar.

"Lelaki berkaca mata itu kemudian meletak aluminium itu dan menampar pipi saya lima hingga enam kali sebelum menyuruh saya menandatangani surat tahanan.

"Bila saya enggan, dia kata saya keras kepala dan paksa saya tanggal baju hanya tinggal seluar dalam sebelum 10 pegawai SPRM lain menampar dan menendang saya serentak dalam keadaan kedua-dua tangan saya bergari ke belakang," katanya

Manjungcorner

Agak2 ada tak orang nak percaya dakwaan tersebut,kalaula UMNOGOK yang kena cepat2 depa ambik tindakan tapi bila orang yang menentang mereka depa buat tak tau ja,ini satu malaysia punya mangkuk ayun.PI MAMPOS LA UMNOGOK DAN NAJIB ALTANTUYA

Rabu, 9 September 2009

DS NIZAR : PROGRAM 09.09.09 @ MANJUNG

1. DS NIZAR HADIR BERSAMA YB LIM KIT SIANG
PADA 09.09.09 (RABU)
JAM 12.00 TGH
Upacara Perasmian Restaurant Michelin Star (YB Nga Kor Ming) berhampiran Pakar Perubatan Manjung.

2. Sumbangan Ramadhan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan Miskin Kampung Telaga Nenas dan Kampung Teluk oleh Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin ADUN Pasir Panjang
Tarikh : 9 September 2009 (Rabu)
Tempat : Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar Perak.
Jam : 5.00 Petang
SUMBER : HAMIDUN - PK ADUN PASIR PANJANG

Selasa, 8 September 2009

Satu Malaysia

Inikah budaya yang cuba diterapkan oleh PM satu Malaysia kepada generasi muda,nampak macam dah x dak tandas dah nak melepaskan hajat,kepada mereka2 ini minta2 lah dikenakan bala oleh Allah s.w.t

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712