Tuk Guru Kito


Khamis, 27 Ogos 2009

SEKS : CHUA DIPECAT MCA

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira 9 malam ini, MCA memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Chua lagi, Majlis Presiden - yang masih bermesyuarat pada waktu ini - selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas bekas menteri kesihatan itu dipecat.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh yang paling ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau melakukan hubungan seks dengan seorang teman wanitanya.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Sumber Malaysiakini

Rabu, 26 Ogos 2009

MB Kedah: Sultan perkenan lucut jawatan Mohd Radzhi

|

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak.

Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik Adun Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli bebas.

Akibat daripada itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak telah mengadap Sultan Kedah untuk mendapat perkenan supaya jawatan Mohd Radzhi Salleh sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia dulucutkan.Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia

PAS KEKAL DI PERMATANG PASIR


PAS - 9618

BN - 5067

MAJORITI - 4551

Syukur Alhamdulillah,atas ni'mat kemenangan.

Tahniah YB. Ust Salleh Man.

Terima kasih buat pengundi-pengundi.

Syabas buat seluruh jentera Pas dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus-lumus bagi memastikan kemenangan ini.

Kejayaan ini terlalu amat manis untuk dikecapi.

Ni'mat dan Barakah bulan Ramadan.

Permatang Pasir Kesinambungan Badar el-Kubra.


-Nur12-

Selasa, 25 Ogos 2009

Maaf YB Zul... Afidavit Pembelaan YB Lunas Irrelevent!

Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib. maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim.

Saya nampak mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mendapat komplen dan rungutan yang banyak kerana tidak menjengok kawasan. YB Lunas tinggal di Jitra, Sdr Zul tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, memang YB Lunas kerap melawat kawasan, iaitu sejak dihebohkan dia membuat tuntutan perjalanan yang banyak, mencecah RM18 ribu sebulan, tetapi hanya lima kali membuat perjalanan ke kawasannya di Lunas. Mungkin juga dia ke sana tapi tak claim apa-apa. Adun-adun di sebelah kawasannya kerap komplen terpaksa cover Lunas kalau terjadi apa-apa bencana dan program masyarakat.

Sdr Zul pernah membuka pusat khidmat di Kulim, tetapi dilaporkan tutup sejak beberapa bulan dulu, signboard pun dah turun. Beliau lebih banyak di Kuala Lumpur, maklumlah Ahli Parlimen! Seingat saya, belum ada function negeri, majlis-majlis MB, Tuanku Sultan dan acara-acara besar yang disertai saudara Zul. Maaflah kalau saya silap dan tak nampak beliau hadir. Program terakhir kepimpinan PKR dan Wakil Rakyat PKR negeri bertemu MB pun beliau tak hadir.

Sdr Zul membangkitkan tiada peruntukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, hanya mengharapkan elaun Adun dan MP. MP lain pun sama juga, tapi mereka menjaga kawasan dengan baik. Ala kadar! Bukan semua kerja MP meninjau kawasan kena duit! Ziarah, berjumpa, berdialog, membuat surat itu ini tak makan kos banyak, elaun MP 7-10 ribu sebulan tak habis untuk buat itu semua. Ada Wakil rakyat yang berkhidmat sebagai pembangkang zaman sebelum 2008, lagi dhaif, tapi khidmat mereka cemerlang. Tanyalah Adun dan MP PAS, bagaimana mereka survive.

Nak kata tak ada peruntukan langsung, itu mustahil! Adun ada peruntukan kecil tahunan RM100 ribu untuk bagi khemah, pinggan mangkuk, dan apa saja yang dalam kategori projek kecil (bukan insfrastruktur). Adun yang jadi Exco pula peruntukannya RM150 ribu setahun. YB Lunas dapat RM250 ribu kerana dia juga jadi Adun angkat Bukit Kayu Hitam. Peruntukan Kecil DUN Lunas tahun 2008 setelah dilanyak BN untuk pilihanraya berbaki RM30 ribu , dilonggokkan di pejabatnya sahaja, begitu juga di Bkt Kayu Hitam. Dah kira baik tu.... Musim raya, ada peruntukan khas, bulan puasa ada peruntukan untuk buat moreh di surau dan masjid. YB Lunas baru ambil peruntukan khas moreh RM10 ribu pada hari khamis lepas. YB Zul pun dapat RM7 ribu.

Saya bukan nak londehkan kawan-kawan, tapi kawan-kawan menulis kena tengok juga 'derita' yang dicipta YB Lunas sebelum dan selepas dia 'pergi' menyokong Najib. Bila sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam majlis membubarkan diri dari parti, apa lagi tanggapan yang boleh kita buat selain daripada dia sudah memusuhi kita? Apa yang direncana sepanjang menjadi Adun PKR, kenapa sering bertemu bekas MB (MK) di sini dan di KL. Kenapa tak dilapor kepada partinya, kerana pertemuan itu sangat besar ertinya bagi organisasi parti?

Kenapa melobi sehingga saat akhir untuk menarik 4 lagi menyeberang jambatan. Apa susah payah kawan-kawan lain mengepung dan menahan 'onar' yang dibawanya. Kenapa berkawan baik, berbincang hingga tengah malam dengan 'musuh-musuh' yang saban hari mencipta berita memburukkan kerajaan negeri? Bagi saya, sudah lama dia menari raggae dalam irama zapin, cuma Sdr Zul tidak sedar atau tidak ambil tahu. Maklumlah, Ahli Parlimen!

Jika Zul katakan dia berjiwa besar untuk melihat penyatuan melayu, duduk berbincang untuk kepentingan ummat, kena dia sahaja seorang diri membuat pertemuan tertutup di Kelab Cinta Sayang, dan di Kuala Lumpur? Kenapa diajak pula adun-adun PKR untuk berjumpa MK secara senyap-senyap? Kenapa tidak aturkan sahaja pertemuan atas nama parti, atau sekurang-kurangnya dua tida orang yang ada kuasa membuat perubahan atas nama perpaduan?

Nak dikatakan pejuang melayu tulen, jauh sekali. Sewaktu kes babi tempoh hari, orang cina marahkan kerajaan, terutama DAP, hingga ditimbulkan isu perkauman... dia diam sahaja, tiba-tiba dia pula memilih untuk melobi Adun PKR menyertai BN atas 'power blog' yang cuba dikepalainya... menyokong siapa yang mereka suka, hijau atau biru...

Teruk juga PKR hingga DSAI memanggil pertemuan khas di Yayasan Aman, Pananti. Hinggakan YB Sidam yang mempertahankan tindakan kerajaan PR dipanggil Mohamad Tan Chau Kang bin Abdullah.! Bersungguh-sungguh benar dia bekerja untuk menjayakan rencana ini. Zul mana tahu...dia di Kuala Lumpur makan nasi Lamb Mandy di Rausha, Ampang.
Zul tak payah mintak dia menoleh sejenak kepada PAS, kerana PAS baginya lebih teruk dari Yahudi...ini ungkapannya dalam 'kekalutan' kes Arumugam melepaskan jawatan tempoh hari ... YB MP Kuala Kedah boleh sahkan. saya tak akan lupakan kalimah itu! Dalam kes Arumugam, dia katakan kepada saya petualang yang merosakkan melayu di Kedah sudah berambus ... sekarang siapa petualang? Aru masih berkerja kuat untuk PKR dengan macam-macam program. Melepaskan jawatan Adun dan Exco dengan segala kemudahannya, bukan perkara kecil..kini dia menganggur! YB Lunas pulak pelik, keluar parti tapi nak jadi Exco lagi... takkan nak kata dia lebih baik daripada Aru?

Bagi kawan-kawan yang diamanahkan menjaga kestabilan kerajaan, derita yang dihadapi untuk menghadapi karenah YB Lunas terlalu pedih untuk diubati dengan hal-hal yang ditimbulkan oleh Sdr Zul dalam 'afidavit' pembelaan kes YB Lunas keluar PKR sokong Najib! Irrelevent!!!...... kata hakim coklat hacks..[kedahlanie]

Muhammad Sanusi Md Nor
setpol MB Kedah.

Sebat Kartika kecoh

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Irwan Shafrizan Ismail dan Yusliza Yakimir Abd Talib
bhnews@bharian.com.my


9.25 pagi: KARTIKA diiringi keluar dari rumahnya di Kampung Jawang dekat Sungai Siput oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang menaiki van untuk dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan.

Van Jaip bawa model ke Penjara Kajang patah balik selepas bergerak kira-kira 200 meter

SUNGAI SIPUT: Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.

Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.

komen manjungcorner :

Kenapa bila hukuman nak dijalankan baru ada kekecohan,hukuman sebat ditunda kerana diarahkan oleh peguam negara,dan JAIP sendiri tidak tahu mengenainya.Harian bin Ajaib,pihak yang bertanggungjawab sendiri tidak tahu menahu,pasti ada udang disebalik mee,apa2 pun bak kata Nabil LU PIKIAQ LA SENDIRI.MC rasa la depa takut rakyat nak hukum hudud diadakan kot,2 yang depa pakat ketaq lutut.


Selamat mengundi


Kurang 3 jam dari sekarang kesemua peti undi Dun Permatang Pasir akan dibuka bagi membolehkan lebih 20 ribu pengundi untuk membuang undi masing-masing.

Setelah 8 hari berkempen,tentunya setiap parti yang bertanding sudah ada perkiraan tersendiri.Bagi Pas sebagaimana yang diluahkan Dato Mahfuz Omar,Pengarah Jentera bagi pilihanraya kecil ini,bahawa congakan keputusan undian sudah berada dalam 'kocek'nya."Cukup bagi Pas,walau pun menang dengan 1 undi" katanya.Kata-katanya ini mempunyai maknanya yang tersendiri.

Keputusan dijangka diumum seawal jam 8 malam ini.Apakah pengundi-pengundi Permatang Pasir akan terpengaruh dengan janji-janji retorik pembangunan oleh BN?Janji untuk dianak emaskan oleh Muhyiddin Yasin?

Apa pun setiap pengundi tentunya telah mempunyai pilihan masing-masing.

Tidak semua berpeluang mengundi dibulan Ramadan,bulan yang mulia.Dppkl dengan ini ingin merayu buat kali terakhir,di atas semangat Badar el-Kubra,sebelum anda tiba di meja undian,sudilah kiranya tuan-puan menggunakan peluang 'keemasan' ini untuk memisahkan antara hak dan batil.Persetankan janji-janji retorik penbangunan.Biarlah Be End dengan pembangunan mereka.

Kita ada Allah.Kita ada Rasul.Mengundilah atas nama Allah dan kerana Allah Taala.mengundilah atas nama kebenaran.Takbir

Selamat mengundi.

Isnin, 24 Ogos 2009

Hormatilah Ramadhan

Pagi tadi semasa penulis nak pi kegha,penulis tengok ada dua tiga kedai makan dah bukak(kedai mamak)dan dah adapun pengunjungnya walaupun diawai pagi.Xtau pulak la orang bukan islam yang pi beli tapi apa yang penulis nampak dengan mata kepala.depa ni org melayu.?????.Kenapa masih ada lagi golongan2 yang x paham bahasa,bila dah melayu dan beragama Islam maka Wajiblah berpuasa dibulan ramadhan,x cukupkah lagi selama sebelas bulan dok melantak disiang hari (bahasa kasar )Allah wajibkan cuma sebulan ja berpuasa 2 pun boleh makan apabila terbenam matahari bukan x boleh makan terus.Cubalah hormati perintah Allah ni,jangan dok fikiaq diri sendiri saja,kita semua akan menghadap Allah suatu hari nanti,apa jawapan kita kalau disoal diakhirat kelak.Apa yang penulis kesal baru 3 hari kita berpuasa,x kan gastrik dah mai dah kot,penulis pun ada gastrik jugak tapi x da la nak makan lagi pagi2 ni,ada jugak yang p beli makanan pakai staf car,ni lagi haru ikut jalan belakang tapi x depa x perasan walaupun jalan belakang tapi Allah nampak.

katak oh katak


















Nampaknya budaya melompat dikalangan adun jadi lagi,semalam seorang lagi adun dari PKR telah mengisytihar keluar parti dan jadi adun bebas,apa dah jadi.UBN kalau pun nak tumbangkan Pakatan Rakyat jadilah gentelman sikit jangan guna cara macam ni.Dulu bila ada ura2 ada dikalangan adun BN nak melompat ramai dikalangan pengampu parti dan pimpinan beriya2 supaya digubal undang2 untuk menghalang dari Adun ataupun ahli Parlimen melompat,tapi bila kena kat pakatan rakyat masing2 buat muka toya saja,memang la patut Tuk guru nik aziz Kata UMNO CELAKA.cuba hangpa tengok gambar depa bertiga ni,macam nak sama la muka depa,perangai pun lebih kurang ja.


TAZKIRAH RAMADHAN. APA ADA DENGAN TAMAR



Buah Tamar atau dikenali sebagai buah Kurma adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah memerintahkan Maryam untuk mengoyangkan pohon Tamar supaya buahnya gugur untuk dimakan oleh Maryam semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas : " Sesiapa yang makan tujuh biji Tamar A'jwah maka sihir dan racun tidak dapat memudharatkannya."Tidak ada yang lebih baik dari Tamar sebagai makanan dan ubat kepada perempuan yang hamil. Antara kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada buah Tamar ialah:

* Memberi kekuatan kepada urat dan anggota badan.
* Melambatkan proses penuaan lebih-lebih lagi sekiranya diminum dengan susu.
* Khasiat yang ada pada buah Tamar lebih baik daripada daging dan tiga kali ganda daripada ikan.
* Mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah kurang darah dan sakit dada.
* Jika diminum dalam bentuk jus maka ia sangat baik bagi kanak-kanak,orang tua,ahli sukan,buruh dan perempuan hamil.
* Menambahkan berat badan bayi.
* Menjaga kelembapan mata, menambah kilauan mata, mencegah biji mata daripada terkeluar, mencegah daripada terjadinya selaput mata dan menguatkan penglihatan.
* Menguatkan pendengaran.
* Mengurangkan gementar dan menambahkan ketenangan jiwa jika dimakan diwaktu pagi bersama susu.
* Melembutkan saluran darah serta mengekalkan kelembapan organ penghadzam yang mencegah daripada pendarahan.
* Menguatkan daya pemikiran.
* Mempercepatkan proses penghadzaman.
* Menguatkan tenaga batin dan mencergaskan badan.
* Melawaskan buang air kecil, membersih hati, mencuci buah pinggang, mengubati batuk,mengimbang kadar asid di dalam darah.
* Menguatkan rahim bagi ibu yang sedang hamil.
* Memudahkan ibu bersalin dan mengurangkan tumpah darah ketika bersalin.
* Membersih racun dalam darah.
* Membunuh cacing di dalam perut.
* Mempunyai kadar serat yang tinggi.
* Memberi tenaga yang segera selepas berbuka.

Ayid>>>> Bulan Ramadhan ini kena buat tazkirah sikit


Posted: by Saidi



Sumber:
www.55a.net

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat datang Ramadhan

Esok seluruh umat islam akan mula berpuasa,semoga ramadhan kali ini lebih baik penghayatannya dari tahun2 sebelumnya,penulis berharap marilah bersama2 kita menyempurnakan ibadah tersebut dan penulis berharap agar dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat bagi menghabiskan sebulan penuh.Bagi yang tidak mampu berpuasa hormatilah orang yang berpuasa,jangan di tunjuk kelemahan diri.

Khamis, 20 Ogos 2009

kembali menulis

Alhamdulillah setelah seminggu bercuti panjang,hari ni start kerja semula.cuti dalam erti kata x dok kat ofis,tapi bawak member kepada member yang berkerja kt oman.Dia minta tolong penulis bawak kawan dia yang baru kawin bercuti kat malaysia.Ni kali pertama penulis berurusan dengan orang arab,mujurlah dia boleh berbahasa inggeris kalau x tak jenuh nak explain kat dia,walaupun dulu penulis bersekolah arab tapi oleh kerana lama dah x pratikkan jadi keras jugak lidah nak pratis balik.Apa yang pasti berurusan dengan depa memang banyak kerenah.pening jugak kepala tapi bila memikirkan kawan dah minta tolong jadi simpan sajalah perasaan.seminggu kat kl bila balik rasa macam nak deman pun ada,maklumlah sekarang kan musim virus risau la jugak tapi bertawakal ja lah.Sekarang ni kat kl memang musim pak arab datang melancong mungkin sebab malaysia barang murah kot.macam pak arab dari oman ni lah duit dia 1 riyal oman bersamaan dengan 8.9 ringgit malaysia,banyak 2.bawak RO 1000 x abis shopping oooo.macam 2 lah kalau negara dah kaya raya,dollar amerika pun x boleh lawan.kaya memang kaya tapi sifat kedekut tetap ada,2 dah jadi lumrah manusia bila dah kaya rasa sayang nak belanja duit 2,waktu sakit baru teringat nak buat macam2 tapi dah terlambat.apa2 pun penulis dapat pengalaman berharga berurusan dengan orang asing,nak tau try la tengok.

Selasa, 4 Ogos 2009

Kali pertama tapi bukan pulak yang terakhir

Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan dan kekuatan kepada penulis untuk sama-sama hadir Ke Perhimpunan mansuhkan ISA,biarpun penulis sebelum ini adalah seorang tentera tetapi gementar dan risau tetap ada kerana memikirkan risiko apabila berhadapan dengan Puak2 Polis dan Fru,penulis bergerak dari Lumut bersama-sama pemuda dan jugak AJk DPPKL berkonvoi 3 buah kereta.pada mulanaya kami bercadang nak meninggalkan kereta kami di sg.buluh ataupun batu caves sebab berita yang penulis dapat dari adik penulis menyatakan bahawa semua jalan masuk ke Kuala lumpur telah ditutup,jadi kami bersepakat untuk cuba masuk setakat yang boleh,dalam perjalanan memang ada sekatan oleh Polis tetapi alhmadulillah semuanya lepas,selepas berhenti makan kami meneruskan perjalanan,saudara walif iaitu salah seorang yang kena tangkap merupakan org KL jadi kami biarkan beliau yang mengemudi perjalanan kami,terlelap seketika bila terjaga saja kami sudah berada di penchala link,jadi penulis rasa tiada masalah untuk kami sampai ke masjid negara memandangkan jalan semua clear.

Kami tiba di masjid negara kira-kira jam 3 pagi,kesempatan digunakan sementara menunggu subuh untuk melelapkan mata,setelah menunaikan solat subuh kami mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum mandi dan sebagainya,pagi 2 penulis pekena mee sup di medan selera yang terletak berdekatan pintu masuk ke Bukit Aman yang tak pernah aman.setelah masing-masing kenyang kami pun balik semula kemasjid negara,ketika itu sudah kelihatan ramai peserta yang hadir,kami berdoa semoga perhimpunan pada hari ini akan mencapai sasaran.

Tiba masa untuk mandi.terpaksa beratur panjang pasai orang dah ramai,segar bila dah kena air,abis saja bersiap dah tak tau nak buat apa.penulis dan seorang sahabat bercadang nak keluar cari surat khabar,tapi penulis mula rasa tak sedap hati sebab polis dah ramai berlegar-legar disekitar masjid,hairan jugak sebab perarakan start pukui dua.jalan pulak semua telah disekat macamana nak keluar,sb pun dah mula datang meronda tiba-tiba kedengaran pengumuman dari dalam masjid mengarahkan semua jemaah yang berada dalam masjid supaya bersurai,dan meninggalkan kawasan masjid.Dan telah ada tangkapan yang dilakukan oleh polis.

Demo ISA 1 ogos 2009

Penyelaras program sedang membaca doa memohon pertolongan dari Allah
tengah berbincang strategi
masing-masing dok mamai lagi
baju ISA
isi perut sebelum memulakan aktiviti
sahabat yang merasa tidur dalam lokap,Takbir
nur12 sedang makan nasi lemak(sat gi nk p berjuang pulak )
awal pagi lagi puak2 ni dah meronda
dok melepak mengisi masa lapang
muslimat pun ikut serta,memang bersemangat betui depa ni
pakcik ni awai2 lagi dah lilit kain ISA kat kepala
suasana tenang di masjid negara
suasana di Pertama kompleks pada pukul 11 lebih (masing2 dok standby)
Keadaan masih terkawal ( Dihadapan Sogo )
orang ramai mula membanjiri sogo
Belum mula lagi demo dah ada yang kena tangkap
K.L dipenuhi dengan Polis
Dikepung di dalam Komplek sogo
suasana sesak dalam sogo
antara hardcore yang kena tangkap
Atas kesalahan apa mereka ni ditangkap
Hidup,hidup,hidup rakyat
dihalang untuk berdemontrasi
bermula la program Demo mansuhkan ISA
mendengar amanat dari pimpinan

sapa kata yang berdemo hanya orang melayu saja,india cina semua ada
angkara siapakah ini
bergambar untuk kenangan
mengisi perut selepas sehari suntuk berdemo



sempat lagi berposing bersama blogger NUR12 selepas disembur dengan water canon,pedih wooooo

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712