Jumaat, 29 Mei 2009

Mahkamah tolakpermohonan Herald Catholic

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S.Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, dan Peguam-peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A.Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden.

Andi Razalijaya berkata hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.

''Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain,'' katanya kepada pemberita di luar kamar hakim itu.

Pada 24 April lepas, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald.

Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu.

Hakim Bee Lan menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undang-undang itu. - BERNAMA

DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai


PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.



MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI


Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)

Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)

Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)

Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan

Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)

Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712