Jumaat, 31 Julai 2009

YB Hamdan dalam Kenangan

BIODATA

MOHD HAMDAN ABD RAHMAN

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pendidikan/Latihan.

* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :

* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :

* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:

* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).



2 berita duka dalam kembara hidup yg abadi !

Pada pagi ini, jam 7.40am 1 sms yang dihantar oleh YB Idham Lim terkandung berita 'duka'. Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang YB Datuk Haji Hamdan telah kembali ke rahmatullah di IJN, Kuala Lumpur. Berita terkini jenazah masih berada di IJN. Takziah buat keluarga YB Datuk Hj. Hamdan..Al-Fatihah..!

(*) Apakah akan ada lagi 1 PRK di Pulau Pinang ?

7.56am,
sms yang diterima dari YB Idham Lim memaklumkan bahawa adik Ustaz Misbahul Munir yang dimasukkan ke ISC, Ipoh kelmarin telah meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi. Jenazah akan di bawa ke Sg. Tiang Darat dan akan dikebumikan SELEPAS SOLAT JUMAAT pada hari ini juga. Al-Fatihah !

Khamis, 30 Julai 2009

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

M.C :
kesilapan yang disengajakan oleh mereka supaya Pakatan Rakyat bertelagah sesama mereka,memang mereka berniat jahat.Pandai pulak minta maaf,takut kena saman kot.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:


a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,


KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.


-http://dppwp.wordpress.com-

Selasa, 28 Julai 2009

koleksi gambar Hari Keluarga Pas kaw.Lumut


















Usrah DPPKL dan Pelancaran Derma


Pelancaran Derma sekampit beras dan sekilo gula oleh AF Ust Mohamad

Barisan Pemuda Pas Lumut

Himpunan Mansuhkan ISA

Poster Mansuhkan ISA

Penyelaras Program mansuhkan ISA dan Bubarkan DUN ( ust hasri )

pemuda-pemuda Pas yang hadir

Nur12 khusyuk mendengar usrah Ust mohamad

Usrah dipimpin oleh ust.mohamad

Semalam bertempat di surau Sri Taalim telah berlangsung usrah DPPKL dan juga pemuda kawasan lumut serta pelancaran program demo ISA dan jugak derma sempena Bulan Ramadzan.Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh AF ust Mohamad.Dengan itu melalui Blog ini jugak derma-derma boleh disalurkan bagi membantu golongan yang kurang berupaya membuat persiapan menyambut bulan puasa.Sementara program membantah ISA akan berlangsung pada hari sabtu ini,harapan penulis supaya rakyat malaysia dapat sama-sama turun bagi menjayakan program tersebut.

Khamis, 23 Julai 2009

'Saya rela dirotan



KARTIKA dijatuhi hukuman denda rM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah tinggi Syariah Kuantan, isnin lalu.

Jika tidak saya tak insaf: model sambilan

IPOH: "Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf," kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu.

Kartika Dewi ketika ditemui pemberita di sini, semalam, berkata beliau sanggup berdepan hukuman itu sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang memalukan diri dan keluarganya.

“Saya mahu menjalani hukuman sebat itu kerana saya sudah insaf dan ia membabitkan keluarga. Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan.

“Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan," katanya yang kini bekerja sebagai 'webmaster' bagi syarikat milik keluarganya di Sungai Siput di sini, semalam.

Kartika Dewi yang kemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007.

Dia yang pada mulanya meminta penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar, kelmarin memutuskan untuk menarik balik rayuan itu dan sudah membayar RM5,000 serta mahu menghadapi hukuman sebat secepat mungkin.

Wanita yang juga ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun serta isteri kepada warga Singapura berkata, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat hakim kerana menjadi pengajaran pada diri serta orang lain.

"Saya sanggup menghadapi hukuman itu kerana keluarga saya terutama bapa, Shukarno Abdul Mutalib, 60, sentiasa memberi semangat dan berdiri di belakang saya dalam menangani semua cabaran.

"Suami saya juga menghormati keputusan itu (kekalkan hukuman sebatan) dan hasil perbincangan bersama ahli keluarga, saya redha menghadapinya. Saya berani berdepan dengan masyarakat kerana bapa sendiri seorang yang bermotivasi tinggi," katanya yang turut merancang melakukan ibadat umrah sebaik hukuman itu dijalankan.

Sementara itu, Shukarno berkata, beliau menasihatkan anaknya supaya menjalani hukuman berkenaan sebagai pengajaran pada dirinya.

"Saya memilih untuk menerima keputusan itu mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan. Jadi, saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya menjaga anak-anak sebaik mungkin kerana mereka terlalu terdedah kepada dunia luar penuh cabaran.

"Walaupun ada di kalangan rakan mengatakan kesalahan anak saya itu kecil, tetapi saya tidak mengambil mudah kerana ia boleh merebak ke tahap serius jika tidak dibendung dari awal," katanya.

M.C

sepatutnya hukum hudud telah lama di jalankan di malaysia,inilah jadi kalau undang2 manusia dijalankan ,sekarang baru nak bagi org insaf,hukuman yang Allah tetapkan x mau,kalau x benda2 mcm ni telah lama dapat dibendung,Sapa yang menentangnya maka tunggulah hukuman Allah di akhirat kelak.

Kematian Teoh: PM umum tubuh inkues


PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

"Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran itu dan beliau sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teoh hasil siasatan itu nanti.

"Saya sebagaimana anggota Kabinet yang lain ingin mengetahui punca sebenar kematian Teoh.

"Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran. Mstar.

Rabu, 15 Julai 2009

N41 Manek Urai: Keputusan Rasmi Pas Menang majoriti 65 undi





















KEPUTUSAN RASMI

PAS : 5348

BN : 5283

MAJORITI: 64

UNDI ROSAK : 92

JUMLAH KELUAR MENGUNDI: 10 722 (87.22%)

JUMLAH SALURAN MENANG : 14 DARIPADA 27

JUMLAH UPU MENANG : 4 DARIPADA 9


SYUKUR ALHAMDULILLAH.

TAHNIAH ABE UJI.TAHNIAH KEPADA PENGUNDI DAN SELURUH JENTERA PAKATAN RAKYAT.

-Nur12-

Jumaat, 10 Julai 2009

Maghi ramai2 undi abe uji

Salam Sejahtera...

Bertuah sungguh orang Manek Urai. Bermacam-macam projek telah umumkan oleh Barisan Nasional. Malah BN sudah pun mengisytiharkan kawasan itu sebagai anak angkat BN. Begitulah kisah politik di negara kita. Janji demi janji dibuat kepada rakyat dalam masa kempen tetapi tidak pula janji itu dilaksanakan bila mereka tewas nanti.

Suatu masa dulu BN dalam tahun 1980-an telah berjanji bahawa Kelantan akan dijadikan syurga dunia. Masa itu BN memerintah Kelantan selama 12 tahun. Apa dah terjadi dengan janji itu? Kelantan terus kekal seperti dahulu. Pendapatannya terhad kerana hasil negeri terhad. Belanjawan tahunannya sekarang berkisar lebih kurang RM400 juta tetapi sebahagian besar wang itu perlukan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Tidaklah banyak yang lebih untuk digunakan bagi pembangunan negeri.

Bila BN kalah kepada PAS sejak 1990, setiap kali pilihanraya umum BN berjanji nak buat macam-macam kebaikan untuk rakyat di Kelantan. Tapi setiap kali BN kalah, orang Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi pembangunan BN. Tak hairanlah mengapa pengundi-pengundi Kelantan sudah masak dengan janji-janji BN.

Malah apa pembangunan dan kejayaan yang ada sekarang di Kelantan bergantung besar kepada keupayaan Tok Guru Nik Aziz mentadbir dengan cermat. Beliau tidak membazir atau pun melaksanakan projek besar di luar kemampuan kewangan negeri. Memang Kelantan memerlukan sumber kewangan baru untuk menambah keupayaannya untuk membangunkan negeri dan memakmurkan rakyat.

Alangkan mudah untuk menolong Kelantan dan orang di Manek Urai. Kerajaan Pusat dan BN hanya perlu pulangkan sahaja wang royalti minyak kepada negeri Kelantan yang tidak pernah dibayar satu sen pun. Bukan sahaja tidak dibayar tetapi juga tidak pernah diberitahu kepada rakyat Kelantan selama ini. Tabiat tidak jujur dan tidak berterus-terang inilah yang menyebabkan BN semakin tidak mendapat kepercayaan rakyat, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia.

Apa salahnya memberitahu rakyat keadaan sebenar. Kalau perkara itu rumit, seperti kata Mukhriz Mahathir, kita nak tahu apa punca kerumitan itu. Janganlah gunakan Mukhriz untuk menjawab perkara yang rumit. Perdana Menteri sendirilah yang mesti membuat kenyataan kepada rakyat Kelantan tentang hak orang Kelantan kepada hasil minyak. Kita nak tahu, kalau orang Kelantan tidak berhak berkongsi hasil minyak, apa sebabnya? Inilah cara kita mencari undi dan meraih kepercayaan rakyat, iaitu dengan cara berterus-terang dengan mereka.

Tapi begitulah cara UMNO. Mereka tidak tahu untuk berterus terang dengan rakyat. Mereka takut pada bayang-bayang kerana mereka bimbang rakyat akan mengetahui keadaan yang sebenar dalam banyak hal. Tetapi UMNO tidak pula malu untuk merayu undi dan meminta pertolongan rakyat semasa pilihanraya. UMNO hanya “mahu” setiap masa tapi tak tahu menjaga kebajikan rakyat.

Kepada pengundi Manek Urai di mana sahaja anda berada, pulanglah ke Manek Urai untuk mengundi pada 14 Julai ini dan pastikan anda mengundi Abe Uji. Walaupun orang UMNO kata dia tak sekolah tinggi, itu tak apa. Apa guna sekolah tinggi-tinggi tapi hanya tahu main rasuah. Abe Uji orangnya baik dan pemurah. Dia mencari rezeki secara halal. Dia boleh menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab. Abe Uji juga berasal dari kampung yang sama dengan saya, iaitu kampong Banggul Pauh sebelum dia berpindah ke Kuala Krai semasa umunya 5 tahun. Dia dari keluarga miskin tetapi dengan titik peluh dan usaha gigihnya sendiri, hari ini dia agak berjaya dalam perniagaannya.

Undilah Abe Uji, pangkahlah PAS.

Sumber : zaidibrahim.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712