Tuk Guru Kito


Jumaat, 15 Mei 2009

Lagi aduan terhadap Sivakumar




ADUN Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias (tengah) menunjukkan laporan polis bersama Hamidah (dua dari kanan) dan wakil rakyat BN lain
di pekarangan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh semalam.


IPOH - Kesemua 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua wakil rakyat Bebas membuat laporan polis terhadap bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar atas dakwaan menghina mahkamah di sini semalam.

Ia diketuai oleh Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman di Balai Polis Sungai Senam di sini pada pukul 2.30 petang.

Selain membuat laporan terhadap Sivakumar, kesemua ADUN yang sama turut membuat laporan berasingan berhubung pengalaman masing-masing yang didakwa diserang sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat ketika sidang DUN berlangsung, baru-baru ini.

Menurut Hamidah, Sivakumar didakwa telah menyalahgunakan kuasa dengan menghalau tujuh ADUN dari BN dan tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan pada persidangan DUN 7 Mei lepas sedangkan sebelum itu Mahkamah Persekutuan sudah membatalkan penggantungan mereka.

"Tindakan Sivakumar jelas menunjukkan bekas Speaker itu tidak menerima keputusan yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini. Perbuatannya itu boleh dianggap sebagai menghina kredibiliti dan integriti mahkamah.

"Pada hari tersebut juga beliau bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghalau 10 ADUN yang sepatutnya bersidang dan enggan memulakan persidangan," katanya yang juga ADUN Sungai Rapat di sini semalam.

Hamidah berkata, ekoran tindakan Sivakumar itu, pihaknya akan memfailkan kes menghina mahkamah terhadap bekas Speaker itu dalam tempoh terdekat

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my


oooo tau pulak bila speaker sivakumar tak terima hakikat yang dia dah di pecat,yang mugabe hangpa 2 pasai apa hangpa x mau bgtau kat dia yang dia 2 MB HARAM,bila dah mahkamah dah bagi keputusan yang MB Ir Hj.Nizar MB SAH.


Kos mengerjakan haji mungkin naik?




KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menaikkan tambang haji mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Arab Saudi yang masih dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut.

"Kita tunggu perkembangan akhir daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Kita tidak tahu macam mana lagi, sama ada kekal, naik atau macam mana.

"Sudah tentu bila ada kemudahan yang telah dinaik taraf dan diperbaiki dari pelbagai sudut maka ia akan melibatkan semua sudut termasuk tambang," katanya pada sidang media di Persidangan Antarabangsa Pelancongan Muslim, Haji dan Umrah kali ketiga di sini semalam.

Kadar tambang haji Lembaga Tabung Haji (LTH) sekarang ialah RM9,445 termasuk subsidi RM2,600 yang diberikan oleh LTH.

Tambah Jamil, ketika ini, beberapa prasarana baru sedang dalam pembinaan termasuk bangunan dan sistem pengangkutan yang lebih selesa kepada bakal-bakal haji pada tahun ini.

Apa pendapat anda?????

Krisis Perak: Pakatan sedia bincang dengan BN

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan perbincagan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.
Ia diputuskan pada pertemuan khas di sini petang ini.
Kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hadir iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil.


Berikut kenyataan penuh pimpinan Pakatan Rakyat:

Kenyataan Akhbar
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
14 Mei 2009

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:
Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.
Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.
Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang
-Mstar/http://anwaribrahimblob.com-

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712