Khamis, 1 Oktober 2009

Gempa bumi gegarkan Malaysia


AMARAN. Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Kuarters Hospital Kuala Lumpur, Azmi Zahari mengarahkan semua penghuni pangsapuri itu turun mengosongkan rumah masing-masing selepas gegaran kuat semalam.


KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.

Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.

Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.


CEMAS... Para pekerja Menara Celcom di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bergegas keluar berkumpul di luar bangunan tersebut selepas merasai gegaran kuat akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Sumatera, Indonesia semalam.


Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.

"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.

"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
syed.zulkarnain@kosmo.com.my

manjungcorner :

Marilah kita sama-sama renung sejenak kejadian yang telah berlaku semalam dibeberapa buah negara termasuklah negara malaysia sendiri,kejadian2 berikut berlaku tanpa sebarang amaran dan tentunya semua ini adalah petanda dari Allah s.w.t untuk memberi peringatan kepada manusia tentang apa yang telah mereka dan kita lupa tentang tujuan kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini.Di malaysia terdapat banyak kejadian2 yang menimpa antaranya gegaran yang berlaku disekitar Kuala lumpur,penang.ribut kuat yang berlaku,hujan batu dan sebagainya.Jadi renung2 kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712