| | ||||
| KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan. Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS. "Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan. "Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar. "Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan," katanya. Sementara itu pada mesyuarat tersebut beliau mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato' Takiyuddin Hassan. Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah. Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun. "Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya. Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan. | ||||
Jumaat, 19 Jun 2009
Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz
Khamis, 18 Jun 2009
LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO
KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).
Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.
kekusutan makin parah


Dari semalam lagi penulis dok tengok blog,berita untuk memastikan betui ka apa yang depa yang cerita pasai TGNA suruh Timb Presiden letak jawatan dan masuk umno,setakat la ni memang sah la TGNA mengeluarkan kenyataan tersebut,pasti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati TGNA sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian,bukan calang2 orang pulak 2 yang disuruh berbuat demikian,bagi penulis eloklah diadakan muktamar khas bagi merungkaikan kekusutan yang impaknya bukan sedikit,bagi ahli2 Pas ini telah sedikit sebanyak telah menjejaskan kepercayaan mereka,bagi mereka yang benar2 faham x pa lah,tapi penulis takut yang baru2 nak berjinak dengan Pas akan berfikir dua kali menyokong Pas pada PRU13 nanti.Penulis dari mula lagi dah nampak akan ada masalah dengan isu tersebut,sewaktu dialog DPPKL dengan ustaz Azman Shafawi beberapa bulan yang lepas isu ni telah dibangkitkan dan beliau telah menerangkan dengan panjang lebar berkenaan isu tersebut,beliau sendiri berjumpa dengan TGHH untuk mendapat penjelasan dengan jelas,jadi penulis dah nampak la mcmana perjalanan UG ni.tetapi yang jadi masalahnya orang yang x faham dan x nak faham,susah sikit la.Dan media massa yang Pro UBN memainkan jarum lagi melompatlah golongan2 ni.Lebih cepat diadakan Muktamar khas lagi elok,sebelum lagi parah lebih baik diubati segera la ni pun masing dok mencemuh Ust Nasha dan cikgu Pa,boleh kita menegur tetapi kita kena ingat kita berada di dalam jemaah yang memperjuangkan Islam x eloklah mengeluarkan kata2 kesat,lain la mcm blog penulis blog cikai ja,blog anda semua merupakan blog top ten.jangan dibuka terlalu banyak pekung didada nanti pekung anda sendiri yang terbuka,ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa barang siapa yang menutup keaiban saudara mereka InsyaAllah keaiban mereka jugak akan dilindungi.UBN tengah bersorak sakan meraikan,kerana Pimpinan PAS dicela oleh Ahli Pas sendiri,jadi fikir2 lah kerana keburukan yang sedikit kan akan menjadi besar jika kita lambat membaikinya.Waallahuaklam
Rabu, 17 Jun 2009
kembali memblog
Selasa, 9 Jun 2009
Luahan rasa hati
Salam,pagi tadi bukak ja blog semua dok ceta pasai kerajaan perpaduan yang di cadangkan oleh T.G Hj Hadi Awang dan disokong oleh Timb beliau,ada yang setuju dan ada pulak yang secara terang2 menghentam,cuma satu saja yang penulis boleh sarankan,lebih elok kita tahu secara detail sebelum kita buat apa2 kritikan dan komen,mungkin pemikiran kita tidak sampai ke tahap apa yang difikirkan oleh pimpinan,jadi dari kita terus menunjukkan kelemahan kita pada pihak musuh adalah lebih baik berdiam diri dulu sehingga penjelasan diberikan oleh pimpinan secara detail,penulis akui muktamar pada tahun ini adalah muktamar yang paling banyak cerita dan kontroversi,dari hal sponsor majlis,pengiraan undi lps 2 ada plak yang kata ucapan perbahasan sesetengah pimpinan yang menyebabkan kekalahan pihak tertentu,apa ni nampak muktamar pas pun dah jadi macam mesyuarat agung umno.Yang paling x sedap didengar ada dalam blog si hamba Allah ni siap tuduh ada penipuan di dalam pengiraan undi,jangan la macam 2 syeikh,bersangka buruk pulak,kalau itu dah keputusan perwakilan maka redha ja lah,walaupun menang satu undi itu tetap dikira menang.dalam satu keluargapun bukan semua satu kepala inikan pulak dalam perwakilan seluruh malaysia.Marilah kita buang yag keruh dan kembali rapatkan hubungan sesama kita,janganlah ditunjukkan ruang yang kosong bagi musuh senang masuk,apa yang penting sekarang kita memperkuatkan jemaah dan walaa kepada pimpinan yang telah dipilih.Ini adalah sekadar pandangan peribadi penulis saja.Isnin, 8 Jun 2009
Tahniah kepada kepimpinan baru PAS
Jumaat, 29 Mei 2009
Mahkamah tolakpermohonan Herald Catholic
KUALA LUMPUR 28 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.
Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S.Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, dan Peguam-peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A.Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden.
Andi Razalijaya berkata hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.
''Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain,'' katanya kepada pemberita di luar kamar hakim itu.
Pada 24 April lepas, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald.
Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu.
Hakim Bee Lan menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undang-undang itu. - BERNAMA
DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai

Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Khamis, 28 Mei 2009
Di Penanti ada minah ronggeng..haha

Rabu, 27 Mei 2009
Anwar fail saman ke atas Anifah Aman
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya.
Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas. - Utusan
27/05/2009 2:51pm
Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
| IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini. Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam. Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini. Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN. "Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya. "Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak. "Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya Johari JaafarWed | May 27, 09 | 7:56:16 am MYT Komen manjungcorner : Penulis setuju sangat la dengan saranan di atas,kita tengok macamana sokongan yang akan diberikan oleh rakyat perak kepada beliau.kalau betui la dia seorang ulama tentu ada sokongan tapi kalau sebaliknya kita tengok ja la. |
| | |
Selasa, 26 Mei 2009
'Anjing' BN ganggu program puasa sunat dan mogok lapar
TERKINI: Orang puasa sunat dan mogok lapar ditangkap polis
Isnin, 25 Mei 2009
Nizar akhirnya pulangkan Camry

IPOH – Setelah lebih tiga bulan mempertahankan kereta Toyota Camry 2.4 bernombor pendaftaran AGS 10, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memulangkan kereta itu semalam.
Beliau yang selama ini menganggap kenderaan rasmi kerajaan negeri itu sebagai simbol kuasa Menteri Besar, memulangkan kereta itu kepada pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.
Pemulangan kereta itu dipercayai dilakukan secara senyap-senyap oleh Mohammad Nizar bersama Pegawai Khasnya, Amran Harun dan hanya diketahui media pada kira-kira pukul 1 tengah hari.
Amran yang dihubungi kemudian mengesahkan kereta berwarna hitam itu sudah dipulangkan dan ia dibuat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut beliau, Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu.
“Mohammad Nizar ambil keputusan untuk serahkan kereta itu selaras pendiriannya sebelum ini yang berjanji memulangkannya jika mahkamah memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak.
sumber kosmo
Ahad, 24 Mei 2009
Mogok Lapar
LELONG....LELONG.....
WARNA HITAM METALLIC BERKILAT....
HARGA BOLEH DI RUNDING...........
BARU DIGUNA 4 BULAN OLEH.........
KERAJAAN NEGERI PERAK............

BUKAN CAMRY.....................

TAPI ZAMBRY.....................
( INILAH WAJAH SEBENAR KETUA PENYAMUN SEGALA PENYAMUN DI NEGERI PERAK...YANG TAK SEDAR DI UNTUNG...)
Sah babi punca H1N1
WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.
Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.
‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.
Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.
Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.
Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.
‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.
Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.
Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.
Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.
Komen manjung corner :
kalu dah sah kenapa x diambik tindakan ke atas ladang2 ........( Malu nk sebut) yang ada kat malaysia ni?
Kemelut yang semakin kalut
Jumaat, 22 Mei 2009
Terkini .3.46 sidang bermula
sekarang ketiga tiga hakim memulakan pembacaan penghakimannya. Kamar pembacaraan penuh dengan pemerhati
K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712