WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.
Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.
‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.
Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.
Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.
Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.
‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.
Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.
Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.
Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.
Komen manjung corner :
kalu dah sah kenapa x diambik tindakan ke atas ladang2 ........( Malu nk sebut) yang ada kat malaysia ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan