IPOH – Setelah lebih tiga bulan mempertahankan kereta Toyota Camry 2.4 bernombor pendaftaran AGS 10, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memulangkan kereta itu semalam.
Beliau yang selama ini menganggap kenderaan rasmi kerajaan negeri itu sebagai simbol kuasa Menteri Besar, memulangkan kereta itu kepada pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.
Pemulangan kereta itu dipercayai dilakukan secara senyap-senyap oleh Mohammad Nizar bersama Pegawai Khasnya, Amran Harun dan hanya diketahui media pada kira-kira pukul 1 tengah hari.
Amran yang dihubungi kemudian mengesahkan kereta berwarna hitam itu sudah dipulangkan dan ia dibuat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut beliau, Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu.
“Mohammad Nizar ambil keputusan untuk serahkan kereta itu selaras pendiriannya sebelum ini yang berjanji memulangkannya jika mahkamah memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak.
sumber kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan