Tuk Guru Kito


Khamis, 25 Jun 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

-harakahdaily-

Selasa, 23 Jun 2009

SAY NO TO UG ( PRESIDEN PAS )


Alhamdullilah,akhirnya kemelut di dalam PAS telah berakhir setelah TGHH telah menjelasakan bahawa tiada lagi agenda kerajaan perpaduan di dalam PAKATAN RAKYAT,semoga dengan penjelasan ini seluruh penyokong dan pendokong pakatan rakyat akan berpuas hati.Penulis berharap tiada lagi cemuhan dan celaan dilemparkan kepada pimpinan kita,jadikan kemelut tersebut pengajaran kepada kita agar jangan mudah melatah sebelum penjelasan diberikan,marilah kita terus merapatkankan saf2 yang telah renggang agar musuh tidak menyelinap ke dalamnya.Tahniah kepada pimpinan yang merungkai kemelut tersebut dengan suasana aman dan berhemah.Teruslah berjuang untuk menjadikan impian kita untuk memerintah Malaysia pada PRU13 menjadi kenyataan.Takbir

Isnin, 22 Jun 2009

Awan hitam berarak perlahan pergi







Salam,alhamdullilah setelah agak lama diselubungi oleh awan hitam dan ribut petir akhirnya ulasan mengenai UG semakin lama semakin reda,penulis berharap ianya kekal biarpun kita sebagai manusia hanya mampu meramalnya.Perbahasan demi perbahasan,kutukan,caci mencaci kepada pimpinan merupakan satu petaka kepada kita jemaah islam,belum pernah ada ada kemelut yang begitu serius sejak PAS diambil alih oleh almahrum Datuk Hj Fadzil Nor dari Almarhum Tuan Guru Hj.Yusuf Rawa.Kecanggihan IT dan ketajaman fikiran para cendiakawan telah banyak menghasilkan impak yang besar kepada Pakatan Rakyat dan jugak kerajaan UBN,biarpun ada masa kita untung dan ada masa kita rugi,itulah adat dunia,tetapi kemelut baru2 ini lebih banyak merugikan kita ( PR ),dan menguntungkan UBN.Tanpa penjelasan mereka menyerang pimpinan seolah2 mereka lebih arif mengenai UG ni dari pimpinan sendiri,inilah hasil dari didikan yang tidak diselang selikan dengan Usrah,hilang terus adap berjemaah,sedih betul penulis dengan situasi begini,sebab itulah Parti Pas berbeza dengan UBN,kita di dalam Pas ada usrah,tamrin, Muqqayam dan sebagainya.Tetapi kebanyakkan ahli tidak berada di dalamnya,inilah yang menyebabkan kita terus leka dengan permainan blogger2 yang penulis rasa mereka cuba mengambil kesempatan untuk meruntuhkan jemaah yang datuk nenek kita bina selama ini,kenapa kita lebih percaya kepada mereka yang kita x tahupun fikrah mereka ini,bagi penulis berapa lamapun kita jadi ahli Pas tetapi tidak mengamalkan apa yang fikrah pas pun x dak guna jugak,bukan lama yang mesti jadi kebanggaan tetapi pemikiran dan kefahaman tentang apa yang PAS perjuangkan itu lebih penting,jesteru itu marilah kita masuk dalam jemaah dengan sepenuhnya dan bukan sekadar nama sahaja,jangan ditanya apa yang Parti boleh bagi kepada kita tetapi apa yang kita telah sumbangkan kepada parti,jangan disebabkan kita,jemaah kita berpecah,renung2kan.

Jumaat, 19 Jun 2009

Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz



KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.


Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.

"Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar.

"Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan," katanya.

Sementara itu pada mesyuarat tersebut beliau mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato' Takiyuddin Hassan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun.

"Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan.

Khamis, 18 Jun 2009

LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO

Disini penulis lampirkan kenyataan TGNA yang dicopy dari blog OTAI MANJUNG,anda baca dan renungkanlah bersama2.

KOTA BHARU –Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus “perjuangkan” Kerajaan Perpaduan (UG).

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nashanruddin terus berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah “merosakkan” perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa UG adalah boneka UMNO.

“Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka Umno, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk Umno dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah…ini menyusahkan orang…biar dia masuk Umno seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk Umno senang, lebih baik..daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa…tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea UG bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.
“Kerajaan Perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat’”

“Jadi PR tidak tahu…Pas tidak tahu. Runding kerjasamapun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka Umno,”katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan UG bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap “Kalau wujud kerajaan perpaduan DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru.

kekusutan makin parah



Dari semalam lagi penulis dok tengok blog,berita untuk memastikan betui ka apa yang depa yang cerita pasai TGNA suruh Timb Presiden letak jawatan dan masuk umno,setakat la ni memang sah la TGNA mengeluarkan kenyataan tersebut,pasti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati TGNA sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian,bukan calang2 orang pulak 2 yang disuruh berbuat demikian,bagi penulis eloklah diadakan muktamar khas bagi merungkaikan kekusutan yang impaknya bukan sedikit,bagi ahli2 Pas ini telah sedikit sebanyak telah menjejaskan kepercayaan mereka,bagi mereka yang benar2 faham x pa lah,tapi penulis takut yang baru2 nak berjinak dengan Pas akan berfikir dua kali menyokong Pas pada PRU13 nanti.Penulis dari mula lagi dah nampak akan ada masalah dengan isu tersebut,sewaktu dialog DPPKL dengan ustaz Azman Shafawi beberapa bulan yang lepas isu ni telah dibangkitkan dan beliau telah menerangkan dengan panjang lebar berkenaan isu tersebut,beliau sendiri berjumpa dengan TGHH untuk mendapat penjelasan dengan jelas,jadi penulis dah nampak la mcmana perjalanan UG ni.tetapi yang jadi masalahnya orang yang x faham dan x nak faham,susah sikit la.Dan media massa yang Pro UBN memainkan jarum lagi melompatlah golongan2 ni.Lebih cepat diadakan Muktamar khas lagi elok,sebelum lagi parah lebih baik diubati segera la ni pun masing dok mencemuh Ust Nasha dan cikgu Pa,boleh kita menegur tetapi kita kena ingat kita berada di dalam jemaah yang memperjuangkan Islam x eloklah mengeluarkan kata2 kesat,lain la mcm blog penulis blog cikai ja,blog anda semua merupakan blog top ten.jangan dibuka terlalu banyak pekung didada nanti pekung anda sendiri yang terbuka,ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa barang siapa yang menutup keaiban saudara mereka InsyaAllah keaiban mereka jugak akan dilindungi.UBN tengah bersorak sakan meraikan,kerana Pimpinan PAS dicela oleh Ahli Pas sendiri,jadi fikir2 lah kerana keburukan yang sedikit kan akan menjadi besar jika kita lambat membaikinya.Waallahuaklam

Rabu, 17 Jun 2009

kembali memblog

salam,rasa dah dekat seminggu x up date blog,sibuk sesangat dengan keja dan jugak hal keluarga,jumaat lepas balik kampung ada kenduri sepupu,lps 2 tok wan masuk wad, kat kg x dak internet jadi x sempat la nak up date,program pemuda banyak yang tertinggal,kepada su DPPKL penulis minta maaf bebanyak.InsyaAllah lps ni penulis cuba turun padang untuk dapatkan berita2 terkini untuk dimuatkan dalam blog penulis.

Selasa, 9 Jun 2009

Luahan rasa hati

Salam,pagi tadi bukak ja blog semua dok ceta pasai kerajaan perpaduan yang di cadangkan oleh T.G Hj Hadi Awang dan disokong oleh Timb beliau,ada yang setuju dan ada pulak yang secara terang2 menghentam,cuma satu saja yang penulis boleh sarankan,lebih elok kita tahu secara detail sebelum kita buat apa2 kritikan dan komen,mungkin pemikiran kita tidak sampai ke tahap apa yang difikirkan oleh pimpinan,jadi dari kita terus menunjukkan kelemahan kita pada pihak musuh adalah lebih baik berdiam diri dulu sehingga penjelasan diberikan oleh pimpinan secara detail,penulis akui muktamar pada tahun ini adalah muktamar yang paling banyak cerita dan kontroversi,dari hal sponsor majlis,pengiraan undi lps 2 ada plak yang kata ucapan perbahasan sesetengah pimpinan yang menyebabkan kekalahan pihak tertentu,apa ni nampak muktamar pas pun dah jadi macam mesyuarat agung umno.Yang paling x sedap didengar ada dalam blog si hamba Allah ni siap tuduh ada penipuan di dalam pengiraan undi,jangan la macam 2 syeikh,bersangka buruk pulak,kalau itu dah keputusan perwakilan maka redha ja lah,walaupun menang satu undi itu tetap dikira menang.dalam satu keluargapun bukan semua satu kepala inikan pulak dalam perwakilan seluruh malaysia.Marilah kita buang yag keruh dan kembali rapatkan hubungan sesama kita,janganlah ditunjukkan ruang yang kosong bagi musuh senang masuk,apa yang penting sekarang kita memperkuatkan jemaah dan walaa kepada pimpinan yang telah dipilih.Ini adalah sekadar pandangan peribadi penulis saja.

Isnin, 8 Jun 2009

Tahniah kepada kepimpinan baru PAS

Alhamdulillah muktamar Pas yang berlangsung di Shah Alam baru2 ni telah berakhir dengan kepimpinan ulamak masih lagi menjadi pilihan perwakilan2 Pas.Kepada yang kalah itu telah menjadi adat pertandingan dan kepada jemaah diluar sana walau siapa pun yang telah dipilih maka wajiblah kita taat,jangan jadi Umno.Apa yang penulis nampak pemilihan kali ini paling banyak cerita di sebalik tabir,harapan penulis jangan lah dipertikaikan keputusan yang telah dibuat.Penulis ada baca di dalam satu blog yang mempertikai keputusan pemilihan.Jangan kita jadi macam UBN selau buruk prangsaka kepada kepimpinan yang ada.Walaupun UBN musuh kita tetapi kita kena akur mungkin pimpinan mempunyai srategi sebelum membuat apa2 tindakan untuk menjadikan Parti Islam Semalaysia ( PAS ) sebagai parti memerintah di Malaysia,InsyaAllah

Jumaat, 29 Mei 2009

Mahkamah tolakpermohonan Herald Catholic

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S.Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, dan Peguam-peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A.Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden.

Andi Razalijaya berkata hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.

''Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain,'' katanya kepada pemberita di luar kamar hakim itu.

Pada 24 April lepas, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald.

Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu.

Hakim Bee Lan menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undang-undang itu. - BERNAMA

DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai


PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.
Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.



MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI


Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)

Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)

Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)

Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan

Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)

Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Khamis, 28 Mei 2009

Di Penanti ada minah ronggeng..haha


Dah lama tak dengar gelaran ini.Minah Ronggeng.Cerita-cerita melayu dahulu kala banyak cerita pasal minah ronggeng.Kadang-kadang ceritu itu lucu,ada juga lucah.
Di kampung gelaran 'minah ronggeng' biasanya ditujukan kepada perempuan liar,suka berpoya-poya,keluar kampung masuk kampung,keluar pekan masuk pekan,ratu pasar malam,pasar pagi dan sebagainya.Biasanya wanita berumur dan belum kahwin,tapi gatal nak kawin.
Kini gelaran ini muncul kembali.Kali ini di Penanti.
Dalam kerancakan kempen PRK Penanti muncul kalimah ini.Minah Ronggeng.Apakah di Penanti ada 'minah ronggeng'?Hanya orang Penanti saja yang tahu.
Saudara Azmin Ali tentu arif dengan minah ronggeng Penanti.Beliaulah orang pertama memunculkan gelaran ini.Sila baca di sini www.malaysiakini.com/news/105217
Rupa-rupanya minah ronggeng yang dimaksudkan itu ditujukan kepada salah seorang calon bebas dalam PRK tersebut.
Beliau sebelum tidak berapa dikenali.Kali ini beliau dikenali.Beliau tawar diri bebagai calon untuk rakyat Penanti.Beliau dikira antara calon yang paling menonjol kali ini.Wajahnya tiap-tiap hari keluar di media,mengalahkan Wanita Pertama 1Malaysia.
Ditengah kesibukan semua calon-calon bertanding sedang berkempen,minah ronggeng ini kata beliau cuba disogok orang-orang tertentu dengan RM80 ribu dan jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pulau Mutiara ini jika beliau tarik diri tidak bertanding.
Logikkah kenyataannya ini.Hanya orang Penanti juga yang tahu.Atau adakah Penanti kali ini bakal memiliki wakil rakyat bergelar 'minah ronggeng'?
Sama-sama kita tunggu.Haha...

Rabu, 27 Mei 2009

Anwar fail saman ke atas Anifah Aman

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya.

Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas. - Utusan

27/05/2009 2:51pm

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya

IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya

Johari Jaafar
Wed | May 27, 09 | 7:56:16 am MYT

Komen manjungcorner :

Penulis setuju sangat la dengan saranan di atas,kita tengok macamana sokongan yang akan diberikan oleh rakyat perak kepada beliau.kalau betui la dia seorang ulama tentu ada sokongan tapi kalau sebaliknya kita tengok ja la.



Selasa, 26 Mei 2009

'Anjing' BN ganggu program puasa sunat dan mogok lapar

Setakat ini 8 orang lagi termasuk Adun dan Ahli Perlimen PR ditangkap polis.Polis juga mengarahkan khemah yang didirikan diperkarangan pejabat DAP dirobohkan.Khemah ini dipasang kerana acara pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang akan disempurnakan Ds. Nizar.
Polis kemudian mengarahkan supaya program ini dilansungkan di dalam pejabat DAP.
Dato Ngeh Koo Ham dalam reaksi sepontannya berkata beliau begitu kesal sekali dengan tindakan polis pagi ini.Mereka menangkap orang sesuaka hati.Apakah negara ini negara polis?Soalnya.
Sekurang-kurangnya 100 orang anggota polis berunifom dan berpakaian biasa dilihat 'berkeliaran' sejak dari pagi lagi di hadapan pejabat DAP Perak.
Apakah rasionalnya kehadiran mereka yang begitu ramai?Apakah mereka menerima laporan akan berlaku kejadian jenayah?
Sekali lagi Dppkl ingin mengingatkan anggota keselamatan terutama polis agar bekerja berdasarkan prinsip dan undang-undang negara.Bukannya seperti lembu dicucuk hidung.Polis tidak boleh memihak kepada UBN.Negara ini negara undang-undang.Bukan negara polis.Tolong faham ini.
-Nur12-

TERKINI: Orang puasa sunat dan mogok lapar ditangkap polis

Pada pagi ini diberitakan 5 orang telah ditangkap oleh polis di Wisma Dap Perak kerana menghadiri pelancaran 'mogok lapar' yang diadakan di bangunan tersebut.
Kesemua mereka ialah orang awam ditangkap sepasukan anggota Fru yang menyerbu bangunan Dap pagi ini.
Tindakan ini adalah amat tidak wajar sekali.Para pimpinan yang berada ditempat kejadian cuba untuk berbincang dengan pegawai polis tetapi tidak berjaya.
Apa dah jadi sebenarnya?
Jika sbelum ini pada sidang Dun 11 Mei lepas polis menangkap sesiapa saja yang berpakaian hitam,kini orang berpuasa pula ditangkap.
Sekali lagi anggota keselamatan telah diperalat penguasa rakus BN.
Kepada rakyat Perak beragama Islam,teruskan berpuasa.
Kepada yang bukan beragama Islam,teruskan bermogok lapar.
-Nur12-

Isnin, 25 Mei 2009

Nizar akhirnya pulangkan Camry


KERETA Toyota Camry yang sebelum ini digunakan oleh Mohammad Nizar dipulangkan kepada Kerajaan Perak semalam.


IPOH – Setelah lebih tiga bulan mempertahankan kereta Toyota Camry 2.4 bernombor pendaftaran AGS 10, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memulangkan kereta itu semalam.

Beliau yang selama ini menganggap kenderaan rasmi kerajaan negeri itu sebagai simbol kuasa Menteri Besar, memulangkan kereta itu kepada pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.

Pemulangan kereta itu dipercayai dilakukan secara senyap-senyap oleh Mohammad Nizar bersama Pegawai Khasnya, Amran Harun dan hanya diketahui media pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Amran yang dihubungi kemudian mengesahkan kereta berwarna hitam itu sudah dipulangkan dan ia dibuat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut beliau, Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu.

“Mohammad Nizar ambil keputusan untuk serahkan kereta itu selaras pendiriannya sebelum ini yang berjanji memulangkannya jika mahkamah memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak.

sumber kosmo

Ahad, 24 Mei 2009

Mogok Lapar

Para pimpinan Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan mogok lapar selama 3 hari bermula Selasa depan.Ini antara langkah yang terpaksa diambil supaya Dun Perak dibubarkan segera bagi menyelesaikan krisis politik di negeri ini.
Ds. Nizar sebagai mana dilaporkan Mstar Online berkata bahawa langkah ini telah lama dipersetujui iaitu sebelum keputusan mahkamah diumumkan lagi.
Setakat ini 8 wakil rakyat termasuk dari Pas,Pkr,Dap dan pimpinan Ngo tempatan telah mendaftarkan diri untuk menyertai mogok lapar tersebut.
Beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin menyertai acara ini agar mendaftarkan diri kepada sekretariat yang bertempat di Bangunan Dap Perak.

LELONG....LELONG.....

UNTUK DI JUAL....

WARNA HITAM METALLIC BERKILAT....
HARGA BOLEH DI RUNDING...........
BARU DIGUNA 4 BULAN OLEH.........
KERAJAAN NEGERI PERAK............





BUKAN CAMRY.....................












TAPI ZAMBRY.....................



( INILAH WAJAH SEBENAR KETUA PENYAMUN SEGALA PENYAMUN DI NEGERI PERAK...YANG TAK SEDAR DI UNTUNG...)



Sah babi punca H1N1

WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.

Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.

‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.

Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.

Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.

Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.

‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.

Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.

Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.

Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.

Komen manjung corner :

kalu dah sah kenapa x diambik tindakan ke atas ladang2 ........( Malu nk sebut) yang ada kat malaysia ni?

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712