Isnin, 8 Jun 2009
Tahniah kepada kepimpinan baru PAS
Jumaat, 29 Mei 2009
Mahkamah tolakpermohonan Herald Catholic
KUALA LUMPUR 28 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan akhbar mingguan, Herald Catholic Weekly, bagi mendapatkan perintah menangguh keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan itu.
Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan peguam S.Selvarajah dan Porres Royan yang mewakili pemohon, ketua paderi Datuk Murphy Nicholas Xavier Pakiam, dan Peguam-peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustaffa dan Andi Razalijaya A.Dadi, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri, selaku responden.
Andi Razalijaya berkata hakim membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bahawa adalah menjadi kesalahan bagi umat Islam dan penganut bukan Islam menerbitkan atau menyiarkan perkataan "Allah" untuk dikaitkan dengan agama selain Islam.
''Hakim berpendapat jika permohonan penangguhan itu dibenarkan, ia ibarat menyokong kesalahan yang akan dilakukan jika Herald diedar di negeri-negeri lain,'' katanya kepada pemberita di luar kamar hakim itu.
Pada 24 April lepas, Pakiam mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Jan 2009 bahawa permit penerbitan akhbar itu bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Dis 2009, tertakluk kepada syarat bahawa pemohon tidak menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald.
Dia juga dibenarkan memohon sembilan perintah termasuk mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai tidak sah dan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Dalam permohonannya bagi semakan undang-undang, Pakiam memohon antara lain agar ditetapkan bagi dia mempunyai hak daripada segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam Herald dan bahawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak membenarkan responden melarangnya menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar itu.
Hakim Bee Lan menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan semakan undang-undang itu. - BERNAMA
DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai

Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.
Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.
Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Khamis, 28 Mei 2009
Di Penanti ada minah ronggeng..haha

Rabu, 27 Mei 2009
Anwar fail saman ke atas Anifah Aman
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya.
Anifah didakwa memfitnahnya dalam kenyataannya di Washington pada 16 Mei lalu yang menyatakan ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya Anwar berjaya menubuhkan kerajaan selepas 16 September lepas. - Utusan
27/05/2009 2:51pm
Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
| IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini. Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam. Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini. Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN. "Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya. "Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak. "Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya Johari JaafarWed | May 27, 09 | 7:56:16 am MYT Komen manjungcorner : Penulis setuju sangat la dengan saranan di atas,kita tengok macamana sokongan yang akan diberikan oleh rakyat perak kepada beliau.kalau betui la dia seorang ulama tentu ada sokongan tapi kalau sebaliknya kita tengok ja la. |
| | |
Selasa, 26 Mei 2009
'Anjing' BN ganggu program puasa sunat dan mogok lapar
TERKINI: Orang puasa sunat dan mogok lapar ditangkap polis
Isnin, 25 Mei 2009
Nizar akhirnya pulangkan Camry

IPOH – Setelah lebih tiga bulan mempertahankan kereta Toyota Camry 2.4 bernombor pendaftaran AGS 10, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memulangkan kereta itu semalam.
Beliau yang selama ini menganggap kenderaan rasmi kerajaan negeri itu sebagai simbol kuasa Menteri Besar, memulangkan kereta itu kepada pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.
Pemulangan kereta itu dipercayai dilakukan secara senyap-senyap oleh Mohammad Nizar bersama Pegawai Khasnya, Amran Harun dan hanya diketahui media pada kira-kira pukul 1 tengah hari.
Amran yang dihubungi kemudian mengesahkan kereta berwarna hitam itu sudah dipulangkan dan ia dibuat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut beliau, Mohammad Nizar sudah memaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri yang bertanggungjawab berhubung pemulangan kenderaan rasmi itu.
“Mohammad Nizar ambil keputusan untuk serahkan kereta itu selaras pendiriannya sebelum ini yang berjanji memulangkannya jika mahkamah memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak.
sumber kosmo
Ahad, 24 Mei 2009
Mogok Lapar
LELONG....LELONG.....
WARNA HITAM METALLIC BERKILAT....
HARGA BOLEH DI RUNDING...........
BARU DIGUNA 4 BULAN OLEH.........
KERAJAAN NEGERI PERAK............

BUKAN CAMRY.....................

TAPI ZAMBRY.....................
( INILAH WAJAH SEBENAR KETUA PENYAMUN SEGALA PENYAMUN DI NEGERI PERAK...YANG TAK SEDAR DI UNTUNG...)
Sah babi punca H1N1
WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.
Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.
‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.
Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.
Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.
Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.
‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.
Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.
Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.
Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.
Komen manjung corner :
kalu dah sah kenapa x diambik tindakan ke atas ladang2 ........( Malu nk sebut) yang ada kat malaysia ni?
Kemelut yang semakin kalut
Jumaat, 22 Mei 2009
Terkini .3.46 sidang bermula
sekarang ketiga tiga hakim memulakan pembacaan penghakimannya. Kamar pembacaraan penuh dengan pemerhati
ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.
Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..
Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.
Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.
Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.
Al Fatihah.....
Khamis, 21 Mei 2009
Peguam Negara tidak kelihatan
Baca Seterusnya...
TERKINI :Perbicaraan disambung kembali
Keputusan Mahkamah Rayuan Hari Ini Penting Buat Barisan Nasional
Sebenarnya saya terperanjat dengan keputusan yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi yang menyatakan Nizar adalah Menteri Perak yang sah, saya tidak dapat terfikir apa yang dirasai para pemimpin Barisan pada ketika itu.
Ya, seperti yang dikatakan oleh PM, BN akan buat rayuan terhadap keputusan tersebut dan Mahkamah Rayuan secara effektifnya telah meluluskan rayuan tersebut dalam masa 5 jam, tapi bagi Nizar, nasib tidak menyebelahinya kerana rayuannya mengambil beberapa hari.
Sebenarnya saya telah dapat menjangkakan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Rayuan atas betapa effektifnya mereka menyelesaikan kes rayuan Zambry.
Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry. Hal ini supaya ia dapat menyelamatkan sedikit undi sekiranya Pilihan Raya Perak diadakan. Pada masa itu, akan muncul banyak pemimpin yang mengatakan BN mengambil berat hal rakyat kerana sanggup membubarkan DUN Perak, walaupun mereka "hilang ingatan" siapa yang menyebabkan krisi Perak ini.
Saya berpendapat, pilihan raya sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana krisis ini telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah kehakiman, polis, institusi raja dan kerajaan Perak, kerana Kerajaan Perak tidak lagi berfungsi dengan baik.
Parti politik dalam BN kini sudah mula menyuarakan pendapat bahawa DUN Perak perlu dibubarkan (saya anggap mereka telah mendapat "kebenaran" tersebut), Najib kata BN tak takut menghadapi pilihan raya Perak, maka saya percaya BN akan mengumumkan pembubaran DUN tidak lama lagi kerana Najib tidak akan dan tidak boleh membawa tumor ini sehingga ke pilihan raya akan datang, tapi semua ini hanya faktor masa sahaja.
Saya berpendapat masa yang paling baik ialah apabila Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah dan beliau akan membubarkan DUN Perak, kerana sekiranya pembubaran ini dilakukan oleh YB Nizar, maka saya anggap ia akan membawa nasib malang kepada pihak BN.
http://gomalaysian.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Perbicaraan ditangguh sehingga jam 2 petang.
Sementara itu sekitar jam 10.00 tadi kelihatan Exco haram kudeta, Hamidah Osman bersama sekitar 10 orang lelaki bersongkok tinggi sampai disini dan beredar setelah mahkamah ditangguh dan mungkin muncul lagi pada jam 2.00 nanti.
Baca Seterusnya...
K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712