KUALA LUMPUR - Selepas merebak ke 34 negara, mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, wabak influenza A (H1N1) akhirnya dikesan di Malaysia semalam dengan mangsa pertamanya seorang pelajar yang tiba dari New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.
Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.
Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin.
Sebaik disahkan positif influenza A, dia terus dikuarantin dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan bertindak mengarahkan perintah kuarantin rumah terhadap lima ahli keluarganya sementara usaha mengesan 191 penumpang lain dilakukan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dalam penerbangan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan laporan kes pertama di Malaysia itu ketika dihubungi Bernama semalam.
Tiong Lai turut menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat
Komen Manjung Corner
Apa tandanya ini,kita ingat kita akan terselamat dari wabak ini tetapi semuanya mungkin Allah maha berkuasa,jadi semua rakyat malaysia harus ingat ini adalah amaran dan peringatan dari Allah s.w.t kepada kita,kita di beri peringatan kerana melanggar perintah dari Allah,marilah kita renung bersama2 agar kita semua terselamat dari bala ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan