Tuk Guru Kito


Sabtu, 16 Mei 2009

Rayuan Nizar: Mahkamah tangguh lagi

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.
Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.
Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.
Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.
Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar.
Pad 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


-Mstar-

1 ulasan:

  1. Dah agak dah.kalau puak2 depa dalam satu hari dah setel dan terus dapat keputusan,memang celaka betui puak2 ni,zamri bila buat rayuan,hakim yang handle seorang saja tapi bila nizar sampai 3 orang pulak,inilah double standard.Hari khamis ni pun silap2 tunda lagi,depa memang nak bagi MUGABE 2 terus duduk kat kerusi MB HARAM JADAH 2,kalau berani buat la pilihanraya tengok hampa ni p mana,BUBAR DUN

    BalasPadam

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712