Selasa, 5 Mei 2009

Tender camry ditutup, pembida tidak ramai


DERETAN 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dalam proses dilelong dan diletakkan di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.


IPOH - Tempoh tender untuk melelong 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dibeli oleh kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir semalam dengan hanya tujuh sampul surat borang dikembalikan.

Sejak tender itu dibuka pada 28 April lalu, sebanyak 40 borang tender telah dijual dengan harga RM20 satu, majoritinya diambil oleh orang perseorangan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman berkata, pihaknya tidak menyangka maklum balas yang diterima begitu sedikit.

Namun, jelasnya, ia bukan bermakna satu sampul hanya untuk sebuah kereta.

"Jumlah tender dan pembida hanya akan ditentukan pada 6 Mei ini (esok) kerana kita belum dapat memastikan bilangan kenderaan yang telah ditender sehingga kini.

"Jika ada kereta yang belum ditender, borang akan dijual lagi kepada orang ramai dengan segera,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Shamsulzaman, kesemua 16 unit kereta Toyota Camry 2.4 ini akan dilelong di bawah pemantauan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamal Mat Hussain.

  • sumber dari kosmo


2 ulasan:

  1. ni lah akibatnya kebodohan diri sendiri,mugabe 2 ingat bila dia jual orang akan berebut2 beli,dia x tau orang meluat dengan dia.nak tunjuk dia patriotik sangat la 2,yang umno terenganu dok p pakai mercedes 2 patriotik sangat la?apa punya mugabe ada otak p letak kt kepala lutut.

    BalasPadam
  2. suruhlah boss anta beli satu

    BalasPadam

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712