Tuk Guru Kito


Khamis, 7 Mei 2009

Menjelang 7 Mei (18): Sekitar Bangunan SUK Bagaikan Darurat

Semua dikawal ketat, FRU dan polis mula berkawal di setiap pintu masuk bangunan Perak Darul Ridhuan. Semua jalan menuju ke arah bangunan juga mulai ditutup. Sekitar bangunan SUK bagai darurat, Ipoh seolah-olah diancam bahaya yang amat sangat.
Saya percaya, orang ramai dan warga asing terutama pelancong luar yang tidak tahu apa-apa senario politik di Perak pasti akan terkejut dengan suasana ini, apa sudah jadi dengan Ipoh, ada huru hara ke ?. Atau mahu perang ke? Perang dengan siapa ?. Setahu mereka hanya Thailand sahaja yang bergolak sebegitu rupa, Malaysia sekalipun ada demontrasi besar-besaran, tidaklah sampai ke peringkat berlawan-lawanan.
Demontrasi besar-besaran biasa berlaku di Malaysia, tetapi belum ada sejarah pihak yang berdemontrasi menggunakan kekerasan yang sama sebagaimana digunakan oleh FRU dan Polis dalam menyuraikan penunjuk perasaan. Mereka rela ditembak dengan air asid, gas pemedih mata, dipukul dengan corta, bahkan ada yang ditembak dengan peluru hidup, disepak, diterajang, dicekak, diseret, ditangkap dan akhirnya dihumban ke lokap, namun melawan tidak sama sekali. Inilah disiplin para penunjuk perasaan.
Mereka boleh berhimpun 100 ribu rakyat bahkan sejuta sekalipun, Adakah anggota FRU dan polis seramai itu ?. Seandainya setiap orang yang berhimpun mengambil tindak balas dengan seorang sebiji batu cukuplah yang dibaling kepada anggota FRU, agaknya apa akan jadi ?.
Saya harap dan berdoa tidak ada seorangpun para penunjuk perasaan tidak kira PR ataupun BN melakukan tindakan balas terhadap kekasaran yang dilakukan oleh mereka sewaktu berdemontrasi. PR ada pengalaman panjang dan mampu bersabar. Kita terus bersabar walaupun dikasari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712