Isnin, 11 Mei 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Ekoran dari keputusan mahkamah yang diumumkan petang tadi yang telah mengesahkan kedudukan YAB. Dato' Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Hakim juga telah menolak permohonan pihak Zambry supaya keputusan itu ditangguhkan.

Dengan ini saya suka mengeluarkan beberapa kenyataan yang berkaitan dengan keputusan itu.

1. Semua penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang beragama Islam mestilah melahirkan kesyukuran kepada Allah dengan kemenangan ini dengan mematuhi saranan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat supaya berpuasa esok hari dengan diserta mengadakan solat sunat 2 rakaat dan sujud syukur.

2. Semua pihak mestilah bertenang setelah menerima keputusan ini dan mematuhi segala keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah. Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat saya merayu supaya mengelakkan diri dari provokasi pihak musuh politik kita dalam suasana sekarang. Seperti pesan Tok Guru "jangan gopoh dalam melakukan suatu tindakan".

3. Penegasan saya nyatakan di sini bahawa Pimpinan BN dan penyokongnya perlu menghormati keputusan mahkamah pada hari ini. kepada Dr.Zambry segeralah keluar dari bangunan Pejabat menteri Besar perak hasil kudera yang pernah anda lakukan.

4. Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat peringkat pusat dan Negeri Perak diminta untuk mengadakan mesyuarat dengan segera bagi membincangkan dan mengeluarkan arahan penting untuk panduan semua pihak.

5.Sehubungan dengan itu saya juga akan menyegerakan dalam tempoh sehari dua ini untuk memanggil semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bagi membincangkan beberapa perkara penting.

6. Sebagai Pengerusi BBC saya mengulangi pendirian bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan diadakan pilihanraya semula di Perak ataupun hanya untuk Changkat Jering, Behrang dan jelapang.

IPOH : 11 Mei 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi BBC Perak/
ADUN Titi Serong.

Baca Seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712