Jumaat, 8 Mei 2009
Ibu oh ibu
Berita merapu
1.Sebelum usul memecat speaker dilakukan,itupun kalau sah la,sivakumar adalah speaker yang sah jadi segala arahan datang darinya,tetapi kenapa UBN tidak mahu mengikut arahan tersebut,Sedangkan pandikar amin iaitu speaker dewan negara mengatakan kalau arahan speaker tidak didengar lebih baik tak payah ada mesyuarat,itu kalu kena atas batang hidung depa
2.Usul yang dibawa oleh UBN ternyata tidak menghormati sidang dun kerana apa,mesyuarat hanya boleh dijalankan setelah Sultan ataupun Raja Muda merasmikan sidang dun,semalam Raja nazrin belum lagi merasmikan sidang tersebut tetapi dengan dengan suka hati UBN telah membawa usul supaya Sivakumar dipecat dan diganti oleh speaker ular ( Ganesan ) yang mana exco kanan UBN pernah berkata kalau jumpa ular dengan org India,katok org india dulu baru katok ular 2.Ini undang2 mana depa pakai,lps 2 dok tuduh Pakatan Rakyat buat undang2 rimba.
3.Kenapa mereka mengunakan khidmat org luar yakni polis untuk menolong mereka,kerana mereka tahu tanpa bantuan polis mereka tidak kan berupaya untuk merampas jawatan speaker,polis sepatutnya tidak campur tangan di dalam sidang dun kerana selain Sultan,speaker la yang mempunyai full autority.Hang pa Polis pi jaga penyagak yang kt luaq dah la,banyak jenayah berlaku sbb hang pa dok p buat keja lain.
kesimpulannya siapa yang kurang ajar dan buat undang2 rimba,renung2 lah.
Khamis, 7 Mei 2009
Ucapan Penghargaan
Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speakerSekalung ucapan terimakasih penulis ungkapkan kepada Y.B Dr.Idham Lim kerana beliaulah penulis dapat up date blog penulis dengan pantas,dalam kesibukan menghadapi UBN di dalam dewan,beliau masih lagi mampu untuk menceritakan suasana di dalam dewan berserta gambar sekali,tanpa beliau mungkin para blogger2 x dapat maklumat kerana kami duduk diluar tanpa mengetahui perkembangan di dalam dewan.Rentetan dari peristiwa yang berlaku pada hari ini kita telah dapat kesimpulan bahawa UBN denga apa cara sekalipun telah bersedia untuk merampas kuasa di dalam dewan,mereka telahpun merancang apa yang kan mereka lakukan di dalam dewan tersebut,kalau tidak x akan ada polis yang menyerbu dewan,seperti yang kita maklum bahawa selain Sultan,speakerlah yang berkuasa di dalam dewan yang mulia itu.
Satu hari yang mencabar

Ucapan sekalung tahniah penulis kepada Speaker S.Sivakumar kerana berjuang hingga ke akhir,anda begitu tabah menghadapi situasi genting.Teruskan perjuangan anda kerana ini baru bermula panjang lagi perjalanan yang harus dihadapi angkara ubn yang mempermainkan undang2.Segala yang berlaku pada hari ini bukan saja disaksikan oleh rakyat negeri perak tetapi oleh masyarakat dunia,jangan gentar untuk meneruskannya,Kepada semua rakyat Perak saksikan lah betapa buruknya kelakuan UBN memperlakukan Dewan Persidangan dengan sebegitu rupa,kerana tamakkan kuasa mereka sanggup lakukan apa saja asal mereka dapat berkuasa.Semoga Tuanku Sultan dapat pentunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t supaya membubarkan Dun untuk mengelak kekusutan yang timbul akibat dari masalah sekarang ini.
Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Per
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.
Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.
Baca Seterusnya...
Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Maajlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
Update 3.45pm - (HOT) Adegan musti kena tonton Sidang DUN Perak hari ini !
ni lah jadinya kalu speaker tidak lagi dihormati
bengis tu beb !
Kecoh..terus kecoh ! mana satu speaker nak ikut !
Bubar DUN..bubar DUN..jeritan DUN PR !
Lu sudah kencing kaa ? kalau belum..tunggu malam laa..!Boleh tahann..maa !!



Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
Raja muda Perak masuk ke dewan.
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
Baca Seterusnya...
Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
Baca Seterusnya... Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM
BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
TERKINI Jam 2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
Baca Seterusnya...
Keadaan tenang didalam Dewan.
Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya dibawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada dikerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduk nya sejak pagi tadi.
Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai njika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya
Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya didalam kamar bertarikh 6 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditanggtuh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.
Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.
Baca Seterusnya...
Ganesan sedang meneruskan Sidang Haram.
Ganesan sedang mengendali8kan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.
Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.
Lucu, aneh, tapi benar..
Persidangan Dewan semakin kecoh
BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru
ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.
Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.
Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa speaker yang masih sah.


ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.
cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
Baca Seterusnya...
arahan speaker masih belum di ikuti
sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.
Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.
Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.
Baca Seterusnya...
keadaan kecoh berlarutan
Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.
keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.
Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula
Baca Seterusnya...
K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712















