Tuk Guru Kito


Jumaat, 15 Mei 2009

Krisis Perak: Pakatan sedia bincang dengan BN

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan perbincagan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.
Ia diputuskan pada pertemuan khas di sini petang ini.
Kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hadir iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil.


Berikut kenyataan penuh pimpinan Pakatan Rakyat:

Kenyataan Akhbar
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
14 Mei 2009

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:
Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.
Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.
Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang
-Mstar/http://anwaribrahimblob.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712