Selasa, 27 Oktober 2009

Sembilan tahun guna air perigi


Nawi menunjukkan paip yang tidak berfungsi di Kampung Kalai, Jeli semalam.


JELI - Penduduk Kampung Gunung Reng dan Kampung Kalai di sini menggesa kerajaan negeri agar meninjau permasalahan yang dihadapi mereka yang terpaksa menggunakan air perigi sejak sembilan tahun lalu.

Puncanya kerana bekalan air bersih yang disalurkan ke kampung itu kerap mengalami gangguan ekoran tekanan air rendah walaupun masalah itu telah diadukan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Lebih mengecewakan lagi apabila mereka terpaksa menjelaskan bil air setiap bulan walaupun tidak mendapat bekalan air dengan sempurna.

"Jika bekalan disalurkan dengan baik pada setiap masa, penduduk tiada halangan membayarnya," kata seorang penduduk Kampung Gunung Reng, Mat Jusuh Sulaiman, 65.

Katanya, dia terpaksa memunggah air perigi yang terletak sejauh 500 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian.

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712