Tuk Guru Kito


Rabu, 6 Mei 2009

Demontrasi besar-besaran 7 Mei bukan tajaan PAS, tapi provokasi Zambry

IPOH, 5 Mei (Hrkh) - PAS sama sekali tidak tidak mengarahkan ahli dan penyokongnya untuk mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini sempena persidangan Dewan Undang Negeri Perak.



"PAS tidak pernah mengerluarkan arahan sama ada berbentuk tulisan atau lisan untuk mengajak penyokongnya mengadakan demontrasi besar-besaran di bandar raya ini."

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam sidang medianysa di Pejabat PAS Negeri di sini semalam. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki.

Beliau memberi jaminan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan perhimpunan tersebut dan akan memberikan nasihat kepada ahli dan penyokongnya agar tidak menyertai sebarang himpunan haram pada tarikh tersebut.

"Tetapi sekiranya orang ramai hadir juga, itu di luar tanggungjawab Pakatan Rakyat. Wakil Pakatan Rakyat menuntut supaya pihak polis menggunakan kebijaksanaan yang berhemah apabila berhadapan dengan perhimpunan seumpama itu," katanya.

Ahmad Awang memberitahu pada jam 10.00 pagi semalam beliau bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dan seorang peguam daripada PAS telah bertemu dengan Ketua Polis Perak ekoran surat yang telah dihantar oleh pihak polis.

Dalam surat itu menjelaskan pertemuan Adun Pakatan Rakyat dan pimpinan parti politik dengan Ketua Polis Perak.

"Yang hadir wakil PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), wakil DAP dan Umno atau BN tidak ada," katanya.

Ketua Polis Perak memberitahu pihak polis hendak mengingatkan PAS agar tidak mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini kerana kata Ketua Polis Perak, pihaknya ada mendapat maklumat demontrasi besar-besaran akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pihak polis juga bersedia kata Ketua Polis Perak itu untuk memberi perlindungan kepada mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang merasakan diri mereka tidak selamat, pihak polis akan mengiring Adun tersebut untuk sampai ke Dewan.

Menurut beliau, PAS tidak tahu menahu tentang demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu pada 7 Mei itu sehinggalah pimpinan parti membaca akhbar kenyataan yang dibuat oleh Dato' Zambry Abdul Kadir yang menyatakan akan berlaku demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu.

"Kenyataan Zambry ini satu provokasi yang membuat tuduhan kepada pembangkang mengenai demontrasi besaran-besaran pada 7 Mei, sepatutnya Zambry dipanggil oleh pihak polis ekoran kenyataan provokasinya itu," tegas Ahmad awang.

Beliau bimbang kenyataan provokasi daripada Zambry itu merupakan satu taktik dari Umno/BN yang akhinya nanti pihak tersebut yang merancang dan mengadakan perhimpunan besar-besaran itu.

"Apa yang berlaku pada 3 Mac lalu jelas ada pihak tertentu di bekalang Umno yang membuat provakasi sehingga mencederakan orang ramai, tetapi PAS menghadapinya dengan cukup sabar kerana tidak mahu menimbulkan pergaduhan dan kekacauan," katanya.

"PAS telahpun membuat laporan kepada pihak polis tetapi sehingga ini tidak ada tindakan dari pihak polis terhadap kumpulan tertentu yang mencetuskan kekacauan itu," katanya.

Beliau turut menasihati ahli dan penyokong PAs supaya tidak terlibat dalam demonstrasi besar-besaran itu kerana dibimbangi ada pihak tertentu yang merancang dan melakukan perbuatan yang tidak diingini yang akhirnya nanti PAs dituduh sebagai dalang menganjurkan perhimpunan itu, inilah yang Umno/BN mahu dan harap-harapkan. - mns_

Johari Jaafar
Tue | May 05, 09 | 4:00:24 pm

4 ulasan:

  1. jom pakat cari baju hitam,pakai ramai2 esok..

    BalasPadam
  2. jom pakat beli baju hitam,pakai ramai2 esok..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah,ustaz p ipoh ka esok

    BalasPadam
  4. takleh pi,lani jadi suri rumah sepenuh masa,org umah kursus kt penang.

    BalasPadam

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712