Tuk Guru Kito


Khamis, 7 Mei 2009

TERKINI Jam 9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan

Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.

Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

UMNO NIZAR ZAMBRY:PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK



KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan bangunan SUK Perak kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:

8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR dan ADUN Teratai dari DAP adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.

8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.

8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.

7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing.


SUBER KREDIT READMORE

Menjelang 7 Mei (18): Sekitar Bangunan SUK Bagaikan Darurat

Semua dikawal ketat, FRU dan polis mula berkawal di setiap pintu masuk bangunan Perak Darul Ridhuan. Semua jalan menuju ke arah bangunan juga mulai ditutup. Sekitar bangunan SUK bagai darurat, Ipoh seolah-olah diancam bahaya yang amat sangat.
Saya percaya, orang ramai dan warga asing terutama pelancong luar yang tidak tahu apa-apa senario politik di Perak pasti akan terkejut dengan suasana ini, apa sudah jadi dengan Ipoh, ada huru hara ke ?. Atau mahu perang ke? Perang dengan siapa ?. Setahu mereka hanya Thailand sahaja yang bergolak sebegitu rupa, Malaysia sekalipun ada demontrasi besar-besaran, tidaklah sampai ke peringkat berlawan-lawanan.
Demontrasi besar-besaran biasa berlaku di Malaysia, tetapi belum ada sejarah pihak yang berdemontrasi menggunakan kekerasan yang sama sebagaimana digunakan oleh FRU dan Polis dalam menyuraikan penunjuk perasaan. Mereka rela ditembak dengan air asid, gas pemedih mata, dipukul dengan corta, bahkan ada yang ditembak dengan peluru hidup, disepak, diterajang, dicekak, diseret, ditangkap dan akhirnya dihumban ke lokap, namun melawan tidak sama sekali. Inilah disiplin para penunjuk perasaan.
Mereka boleh berhimpun 100 ribu rakyat bahkan sejuta sekalipun, Adakah anggota FRU dan polis seramai itu ?. Seandainya setiap orang yang berhimpun mengambil tindak balas dengan seorang sebiji batu cukuplah yang dibaling kepada anggota FRU, agaknya apa akan jadi ?.
Saya harap dan berdoa tidak ada seorangpun para penunjuk perasaan tidak kira PR ataupun BN melakukan tindakan balas terhadap kekasaran yang dilakukan oleh mereka sewaktu berdemontrasi. PR ada pengalaman panjang dan mampu bersabar. Kita terus bersabar walaupun dikasari.

Menjelang 7 Mei (17): Masjid Ittihadiyyah diarah tutup

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.
Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN.
Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-undang.Tradisi PAS bila berhadapan dengan isu yang genting ini biasanya akan menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk mengadu kepada Allah swt.
PAS dan para penyokongnya ditarbiyyah begitu rupa untuk tidak lupa kepada Allah swt. PAS dan penyokongnya yakin bahawa perjuangannya adalah benar. Masjid satu-satunya tempat yang cukup baik digunakan untuk tujuan tersebut.UMNO dan BN sendiri juga boleh guna pendekatan yang sama digunakan oleh PAS sekiranya ia yakin perjuangan betulnya.
Masjid di bandararaya Ipoh cukup banyak. Gunakan mana-mana masjid untuk tujuan tersebut. Solat Hajat tidak menimbulkan kekacauan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam.JAIP tidak perlu tutup masjid, benarkan sahaja kedua-dua pihak gunakan masjid, Solat Hajat adalah ibadah yang baik. Itulah cara yang terbaik untuk Allah swt memberi pertolongan, serahkan kepada Allah untuk memakbulkan mana-mana hajat mengikut nawaitu masing-masing. Itu baru demokrasi namanya.

Rabu, 6 Mei 2009

Solat Hajat

Sebagaimana yang telah di arahkan oleh pimpinan pusat,solat hajat telah telah di adakan di surau Madah yang di imamkan oleh ustaz Kadir memohon supaya Allah s.w.t mempermudahkan urusan kepada YB Hj Nizar dan adun2 Pakatan Rakyat bersidang di dalam Dun esok.Semoga Allah memperkenankan doa dari pendokong2 jemaah Islam yang mahukan keadilan.InsyaAllah

Mat Sabu ditangkap

NAIB Presiden Pas, Mohammad Sabu ditangkap polis kira-kira jam 3:00 petang tadi. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis yang berpakaian biasa di hadapan sebuah restoran berhampiran hospital Tawakal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Mohammad dikatakan baru saja keluar dari sebuah kedai mamak selepas makan tengah hari dan ditangkap sebaik beliau ingin menyeberang untuk menuju ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.
Tangkapan itu menjadi perhatian para pelanggan dua restoran berdekatan. Orang ramai juga panik dan terkejut dengan cara polis memberkas Mohammad.
Ketika kejadian itu, berkebetulan Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama Hanifa Maidin berada di restoran berdekatan dan bergegas mendapatkan Mohammad apabila mendengar jeritannya yang menmberi tahu ditangkap polis.
Menurut saksi mata, dua orang anggota polis berbadan tegak menarik tangan Mohammad dan menolak masuk ke dalam kereta Toyata berwarna putih. Di dalam kereta sedia menunggu dua orang anggota lain termasuk perempuan.
Sallahuddin dan Hanifa cuba menyelamatkan Mohahmmad tetapi gagal.Sallahuddin yang ditemui selepas itu menceritakan kejadian ala-ala drama itu dalam tempoh tidak sampai lima minit. Beliau yang sempat bertarik dengan polis untuk menyelamatkan Mohamad menunjukkan lengannya yang merah dan lebam.
Pengkapan Mohammad dipercayai ada kena mengenai dengan rencana tunjuk perasaan memprotes sidang DUN Perak esok.
Malam tadi seorang aktivis soaisal Wong Chin Huat telah ditangkap di bawah akta Hasutan 1948 dikatakan berhubung tunjuk perasaan berkenaan.

http://msomelayu.blogspot.com





Hari Penentu















InsyaAllah esok akan berlangsung persidangan Dun Negeri Perak selepas Dun bersidang pada bulan Mac lepas,kali i
ni bermungkinan besar semua Adun2 akan bersidang di dalam dewan dan bukan lagi di bawah pokok,tetapi segalanya mungkin,marilah kita pendokong gerakan Islam mendoakan supaya segalanya berjalan dengan baik dan memohon ke hadrat Allah s.w.t supaya segala perancangan jahat pihak musuh dapat dipatahkan,harapan penulis agar semua kekusutan selama ini dapat dirungkai supaya rakyat tidak lagi merasa tertekan dan susah akibat dari rampasan kuasa yang bukan atas pilihan rakyat perak.Moga2 Pakatan rakyat akan mendapat mandat dari Baginda Sultan Perak DarulRidzuan untuk membubarkan Dun,ini dilihat pilihan yang lebih tepat.InsyaAllah.

Demontrasi besar-besaran 7 Mei bukan tajaan PAS, tapi provokasi Zambry

IPOH, 5 Mei (Hrkh) - PAS sama sekali tidak tidak mengarahkan ahli dan penyokongnya untuk mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini sempena persidangan Dewan Undang Negeri Perak.



"PAS tidak pernah mengerluarkan arahan sama ada berbentuk tulisan atau lisan untuk mengajak penyokongnya mengadakan demontrasi besar-besaran di bandar raya ini."

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam sidang medianysa di Pejabat PAS Negeri di sini semalam. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki.

Beliau memberi jaminan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan perhimpunan tersebut dan akan memberikan nasihat kepada ahli dan penyokongnya agar tidak menyertai sebarang himpunan haram pada tarikh tersebut.

"Tetapi sekiranya orang ramai hadir juga, itu di luar tanggungjawab Pakatan Rakyat. Wakil Pakatan Rakyat menuntut supaya pihak polis menggunakan kebijaksanaan yang berhemah apabila berhadapan dengan perhimpunan seumpama itu," katanya.

Ahmad Awang memberitahu pada jam 10.00 pagi semalam beliau bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dan seorang peguam daripada PAS telah bertemu dengan Ketua Polis Perak ekoran surat yang telah dihantar oleh pihak polis.

Dalam surat itu menjelaskan pertemuan Adun Pakatan Rakyat dan pimpinan parti politik dengan Ketua Polis Perak.

"Yang hadir wakil PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), wakil DAP dan Umno atau BN tidak ada," katanya.

Ketua Polis Perak memberitahu pihak polis hendak mengingatkan PAS agar tidak mengadakan demontrasi besar-besaran pada 7 Mei ini kerana kata Ketua Polis Perak, pihaknya ada mendapat maklumat demontrasi besar-besaran akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pihak polis juga bersedia kata Ketua Polis Perak itu untuk memberi perlindungan kepada mana-mana Adun Pakatan Rakyat yang merasakan diri mereka tidak selamat, pihak polis akan mengiring Adun tersebut untuk sampai ke Dewan.

Menurut beliau, PAS tidak tahu menahu tentang demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu pada 7 Mei itu sehinggalah pimpinan parti membaca akhbar kenyataan yang dibuat oleh Dato' Zambry Abdul Kadir yang menyatakan akan berlaku demontrasi besar-besaran oleh pihak tertentu.

"Kenyataan Zambry ini satu provokasi yang membuat tuduhan kepada pembangkang mengenai demontrasi besaran-besaran pada 7 Mei, sepatutnya Zambry dipanggil oleh pihak polis ekoran kenyataan provokasinya itu," tegas Ahmad awang.

Beliau bimbang kenyataan provokasi daripada Zambry itu merupakan satu taktik dari Umno/BN yang akhinya nanti pihak tersebut yang merancang dan mengadakan perhimpunan besar-besaran itu.

"Apa yang berlaku pada 3 Mac lalu jelas ada pihak tertentu di bekalang Umno yang membuat provakasi sehingga mencederakan orang ramai, tetapi PAS menghadapinya dengan cukup sabar kerana tidak mahu menimbulkan pergaduhan dan kekacauan," katanya.

"PAS telahpun membuat laporan kepada pihak polis tetapi sehingga ini tidak ada tindakan dari pihak polis terhadap kumpulan tertentu yang mencetuskan kekacauan itu," katanya.

Beliau turut menasihati ahli dan penyokong PAs supaya tidak terlibat dalam demonstrasi besar-besaran itu kerana dibimbangi ada pihak tertentu yang merancang dan melakukan perbuatan yang tidak diingini yang akhirnya nanti PAs dituduh sebagai dalang menganjurkan perhimpunan itu, inilah yang Umno/BN mahu dan harap-harapkan. - mns_

Johari Jaafar
Tue | May 05, 09 | 4:00:24 pm

Selasa, 5 Mei 2009

Pas tetap diterajui ulama – Nik Aziz

KOTA BHARU 4 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.

Beliau menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.

Katanya, ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:

“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional.

“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta menyatakan pendirian mengenai individu yang layak memimpin dua jawatan tertinggi Pas dalam polemik yang tercetus menjelang pemilihan Jun ini.

Baru-baru ini, Mohamed Daud dilaporkan berkata, jawatan tersebut perlu disandang oleh golongan ulama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Kenyataan Mohamed bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu.

Nik Abdul Aziz yang pertama kali menyatakan pendiriannya mengenai perkara ini selepas pulang dari mengerjakan umrah semalam menyeru semua pihak supaya kembali kepada ajaran Islam.

Beliau mengingatkan kembali sejarah kepimpinan dalam Pas suatu ketika dulu apabila berlaku kesilapan memilih menyebabkan beberapa pemimpin telah berpaling tadah.

“Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat.

“Kita pernah pilih Datuk Hassan Adli sebagai pemimpin tetapi dia berpaling tadah. Ini buktinya pemimpin yang dilantik mestilah seorang Islam yang mukmin,” jelasnya.


Speaker cuba tangguh DUN Perak




IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mendakwa telah menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui Pejabat Istana Kinta di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan Sidang DUN Perak yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Sivakumar memberi alasan penangguhan itu perlu dilakukan kerana kes melibatkan kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah.

Selain itu, Sivakumar turut menyuarakan kebimbangan akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipercayai agak sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

Sivakumar yang cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Dalam pada itu, tindakan Sivakumar tersebut disifatkan Exco Kanan kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman sebagai memperlihatkan sikapnya untuk menggagalkan sidang berkenaan.


Tender camry ditutup, pembida tidak ramai


DERETAN 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dalam proses dilelong dan diletakkan di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.


IPOH - Tempoh tender untuk melelong 16 buah Toyota Camry 2.4 yang dibeli oleh kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir semalam dengan hanya tujuh sampul surat borang dikembalikan.

Sejak tender itu dibuka pada 28 April lalu, sebanyak 40 borang tender telah dijual dengan harga RM20 satu, majoritinya diambil oleh orang perseorangan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman berkata, pihaknya tidak menyangka maklum balas yang diterima begitu sedikit.

Namun, jelasnya, ia bukan bermakna satu sampul hanya untuk sebuah kereta.

"Jumlah tender dan pembida hanya akan ditentukan pada 6 Mei ini (esok) kerana kita belum dapat memastikan bilangan kenderaan yang telah ditender sehingga kini.

"Jika ada kereta yang belum ditender, borang akan dijual lagi kepada orang ramai dengan segera,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Menurut Shamsulzaman, kesemua 16 unit kereta Toyota Camry 2.4 ini akan dilelong di bawah pemantauan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jamal Mat Hussain.

  • sumber dari kosmo


Bertaubatlah wahai manusia

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.
Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.
Bomoh tersebut dikatakan dibawa khusus ke bilik persidangan dan fokusnya adalah tempat duduk VIP seperti kerusi DYMM Tuanku Sultan Perak, Speaker dan Menteri Besar.
"Menteri Besar Barisan Nasional Dr. Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim perlu mengambil tanggungjawab atas insiden kurafat yang memalukan ini.
"Jika insiden ini dalam pengetahuan Dr. Zamry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato? Dr. Abdul Rahman Hashim maknanya mereka telah merestui kerja-kerja syirik yang dikutuk oleh Allah, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Mereka katanya mesti bertaubat dan memohon maaf kepada Sultan sebagai Ketua Agama Negeri dan seluruh rakyat beragama Islam dan dalam masa yang sama meletakkan jawatan.
"Jika perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan, mereka tidak layak memegang tugas besar Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan kerana kecuaian yang melampau.
"Siasatan mesti dibuat oleh jabatan Agama Islam Perak secepat mungkin tanpa rasa takut," katanya.
Bagi DYMM Tuanku Sultan Perak adalah disarankan demi menjaga nama baik baginda supaya membatalkan keberangkatan ke Sidang DUN pada 7 Mei inii kerana insiden yang mencemarkan institusi Raja sebagai Ketua Agama dan Payung Rakyat, katanya.
-harakahdaily-

Makanan oh makanan

Setelah beberapa hari menulis dalam blog ni,ana dah rasa serasi dan ada saja idea yang datang untuk dititipkan dalam blog ni,hari ni dapat idea nak menulis pasai makanan yang kita makan hari-hari baik dirumah ataupun kat kedai,sekarang ni ana dok tengok orang melayu dah tak sensitif pasai makanan ni,kalu tidak tak kan ada org melayu dok pi makan kedai cina,mcm apa yang diusulkan dalam mesyuarat agong baru2 ni,ada usul supaya kawasan buka pasaraya yang berasaskan produk islam,dan jawapan dari bendahari pas akan diusahakan.Kita harapkan semoga ada pihak yang menyediakan produk2 yang halal dan bersih untuk digunakan oleh orang islam di sekitar manjung ni,cuma kita mestilah menyokong perniagaan tersebut dengan membeli barang yang berasaskan benda yang bersih dan halal. Apa yang kita makan akan jadi darah daging kita,bila makan benda2 yang tak bersih jadi hati pun jadi tak bersih sama,jadi harapan ana kepada para peniaga,berlaku jujurlah kepada penguna anda,sebagai penguna kita tak kan bersoal siasat pulak dengan peniaga,misalnya telur ni dibasuh ke tidak,mee atau bihun sapa yang buat,jadi ingatlah kita berniaga bukan untuk kaut keuntungan saja tapi memharap keredzaan Allah,teringat ana masa sekolah pondok dulu ada la seorang senior ana dari trenganu,dia ni kalu nak beli makan mesti dia akan soal dulu,itu dan ini,kalu dia puas hati baru dia akan beli,boleh ka kita jadi macam dia? jadi untuk santapan minda pagi ni renung2kan dan fikir2 lah,salam

Munajat dan solat hajat

PAS Perak meminta semua PAS Kawasan mengadakan Munajat dan Solat Hajat di Markaz PAS masing-masing mulai malam esok sehinggalah selesai sidang DUN. Solat Hajat dan Munajat diadakan bagi memohon dan mengadu kepada Allah swt. supaya persidangan DUN 7 Mei ini berjalan dalam keadaan yang baik dan tenteram, memohon supaya segala perancangan jahat dapat dihindar dan digagalkan dan memohon supaya Tuanku terbuka hati membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan baru negeri Perak.
Selain itu, Solat Hajat dan Munajat Perdana turut akan diadakan pada 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Kg. Tengku Husein bermula jam 5.00 pagi 7hb. Mei. Muslimin Muslimat diseru hadir demi keamanan dan keadilan di negeri Perak Darul Ridhuan.

Isnin, 4 Mei 2009

Biar tegur untuk membina bukan untuk bagi rebah

Malam ni sebaik saja siapkan kerja maka ana pun masuk menjelajah ke blog2 tapi ada satu blog ni asyik dok hentam pemuda saja,panas la jugak sbb ana jugak termasuk dalam ajk Pemuda,ni berkenaan dengan mesyuarat semalam,dalam komentar tersebut si penulis ni menyatakan bahawa pemuda asyik dok hentam ajk kawasan saja,ana pun hadir mesyuarat tapi x la nampak apa yang pemuda dok hentam kawasan,bila time usul yang di bawa pemuda ada dalam minit mesyuarat maka pemudalah yang kena bangun bawak usul,usul 2 pun adalah usul yang diterima,dan ana x nampak usul 2 menghentam mana-mana pihak,semalam semua pihak di beri peluang untuk bercakap,tentang ada pemuda yang bangun mengucapkan terimakasih kepada Ajk kawasan kerana membantu itu kira elok la,org dah bantu kita, kita kena la berterima kasih,kalu la mcm ni sampai bila pun x akan jernih hubungan yang keruh ni bila ada pihak yang asyik dok melagakan ajk kawasan dengan pemuda.kita pandang ke depan la,benda2 yang yang lepas kita jadikan ikhtibar,bagi peluang kepada kami pemuda untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan kawasan,bersempena dengan pemilihan ajk baru ni maka ana berharap semua akan kembali pulih,ini akan memantapkan lagi parti kita InsyaAllah

Akibat dari technical error

Pagi ni mai kerja dengan semangat baru sbb task yang bos bagi dah complete,tapi bila bukak laptop nk sign in email tiba2 ja x blh,adoi hari ni dah date due tender,ni lah kalu semua bergantung ngan elektronic punya benda.semua email dari u.s ada dalam 2,dah x boleh nak qoute barang-barang 2,cuba dua tiga kali tapi semua connection interrupted,nasib baik lah bos cakap x payah hantar quote 2,tapi kecewa lah dah cuba banyak hari nak dapatkan RFQ tapi bila dah dapat email pulak buat hal,macam2 lah sekarang ni.

Ahad, 3 Mei 2009

Lagi gambar semasa mesyuarat sedang berlangsung

Saf kepimpinan Pas kawasan Lumut


Pengerusi tetap tengah mengendalikan mesyuarat


Saf kepimpinan Dewan Pemuda Pas,berbaju batik ( baju rasmi tak sempat siap )

Gambar sekitar mesyuarat agong



Y.B Datuk Seri I.r Hj.Mohd Nizar merasmikan mesyuarat agong Kawasan Lumut

YDP menyampaikan cenderahati kepada Ir Hj.Nizar selaku perasmi mesyuarat

Pesanan YDP

Bersyukur dengan pemilihan yang telah selesai dijalankan dalam suasana muhibbah,YDP mengingatkan bahawa ini adalah amanah yang perlu dipikul dan perlu ikhlas dalam melakukan kerja.Marilah bersama-sama membantu satu sama lain dalam melakukan gerak kerja, setelah perwakilan memilih Saf kepimpinan maka ahli mestilah wala kepada saf kepimpinan dan jangan ditinggalkan mereka sahaja yang melakukannya bersendirian.Kerja mesti dilakukan secara berjemaah,jangan orang yang dibawah hendak itu dan ini tetapi tidak mahu membantu dalam melaksananya agar perkara tersebut dapat dicapai.Jika kita mahu melihat Parti di pandang tinggi oleh pihak lawan maka kerja2 jemaah hendak diperkuatkan,jangan ada pecah belah sesama ahli dan di sebabkan ini musuh mudah untuk mengambil peluang mencari kelemahan kita,apapun manjung corner melontarkan sekalung tahniah kepada semua saf kepimpinan,marilah kita sama2 membantu untuk memperkuatkan jemaah,InsyaAllah

Mesyuarat Agong Kawasan Lumut

Alhamdulillah hari ni akan berlangsung mesyuarat agong di lead view hotel,aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan,mesyuarat akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri IR Hj Nizar,merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang ,aku harap semua perwakilan dapat memilih Ajk baru dengan minda yang rasional tanpa terpegaruh dengan pendapat orang ramai,kadang2 pendapat 2 x boleh pakai jd biarlah kita sendiri yang jadi penentunya.salam

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712