Tuk Guru Kito


Khamis, 23 Julai 2009

'Saya rela dirotan



KARTIKA dijatuhi hukuman denda rM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah tinggi Syariah Kuantan, isnin lalu.

Jika tidak saya tak insaf: model sambilan

IPOH: "Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf," kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu.

Kartika Dewi ketika ditemui pemberita di sini, semalam, berkata beliau sanggup berdepan hukuman itu sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama yang memalukan diri dan keluarganya.

“Saya mahu menjalani hukuman sebat itu kerana saya sudah insaf dan ia membabitkan keluarga. Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan.

“Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan," katanya yang kini bekerja sebagai 'webmaster' bagi syarikat milik keluarganya di Sungai Siput di sini, semalam.

Kartika Dewi yang kemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007.

Dia yang pada mulanya meminta penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya didengar, kelmarin memutuskan untuk menarik balik rayuan itu dan sudah membayar RM5,000 serta mahu menghadapi hukuman sebat secepat mungkin.

Wanita yang juga ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun serta isteri kepada warga Singapura berkata, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat hakim kerana menjadi pengajaran pada diri serta orang lain.

"Saya sanggup menghadapi hukuman itu kerana keluarga saya terutama bapa, Shukarno Abdul Mutalib, 60, sentiasa memberi semangat dan berdiri di belakang saya dalam menangani semua cabaran.

"Suami saya juga menghormati keputusan itu (kekalkan hukuman sebatan) dan hasil perbincangan bersama ahli keluarga, saya redha menghadapinya. Saya berani berdepan dengan masyarakat kerana bapa sendiri seorang yang bermotivasi tinggi," katanya yang turut merancang melakukan ibadat umrah sebaik hukuman itu dijalankan.

Sementara itu, Shukarno berkata, beliau menasihatkan anaknya supaya menjalani hukuman berkenaan sebagai pengajaran pada dirinya.

"Saya memilih untuk menerima keputusan itu mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan. Jadi, saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya menjaga anak-anak sebaik mungkin kerana mereka terlalu terdedah kepada dunia luar penuh cabaran.

"Walaupun ada di kalangan rakan mengatakan kesalahan anak saya itu kecil, tetapi saya tidak mengambil mudah kerana ia boleh merebak ke tahap serius jika tidak dibendung dari awal," katanya.

M.C

sepatutnya hukum hudud telah lama di jalankan di malaysia,inilah jadi kalau undang2 manusia dijalankan ,sekarang baru nak bagi org insaf,hukuman yang Allah tetapkan x mau,kalau x benda2 mcm ni telah lama dapat dibendung,Sapa yang menentangnya maka tunggulah hukuman Allah di akhirat kelak.

Kematian Teoh: PM umum tubuh inkues


PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

"Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran itu dan beliau sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teoh hasil siasatan itu nanti.

"Saya sebagaimana anggota Kabinet yang lain ingin mengetahui punca sebenar kematian Teoh.

"Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran. Mstar.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712