Tuk Guru Kito


Isnin, 24 Ogos 2009

Hormatilah Ramadhan

Pagi tadi semasa penulis nak pi kegha,penulis tengok ada dua tiga kedai makan dah bukak(kedai mamak)dan dah adapun pengunjungnya walaupun diawai pagi.Xtau pulak la orang bukan islam yang pi beli tapi apa yang penulis nampak dengan mata kepala.depa ni org melayu.?????.Kenapa masih ada lagi golongan2 yang x paham bahasa,bila dah melayu dan beragama Islam maka Wajiblah berpuasa dibulan ramadhan,x cukupkah lagi selama sebelas bulan dok melantak disiang hari (bahasa kasar )Allah wajibkan cuma sebulan ja berpuasa 2 pun boleh makan apabila terbenam matahari bukan x boleh makan terus.Cubalah hormati perintah Allah ni,jangan dok fikiaq diri sendiri saja,kita semua akan menghadap Allah suatu hari nanti,apa jawapan kita kalau disoal diakhirat kelak.Apa yang penulis kesal baru 3 hari kita berpuasa,x kan gastrik dah mai dah kot,penulis pun ada gastrik jugak tapi x da la nak makan lagi pagi2 ni,ada jugak yang p beli makanan pakai staf car,ni lagi haru ikut jalan belakang tapi x depa x perasan walaupun jalan belakang tapi Allah nampak.

katak oh katak


















Nampaknya budaya melompat dikalangan adun jadi lagi,semalam seorang lagi adun dari PKR telah mengisytihar keluar parti dan jadi adun bebas,apa dah jadi.UBN kalau pun nak tumbangkan Pakatan Rakyat jadilah gentelman sikit jangan guna cara macam ni.Dulu bila ada ura2 ada dikalangan adun BN nak melompat ramai dikalangan pengampu parti dan pimpinan beriya2 supaya digubal undang2 untuk menghalang dari Adun ataupun ahli Parlimen melompat,tapi bila kena kat pakatan rakyat masing2 buat muka toya saja,memang la patut Tuk guru nik aziz Kata UMNO CELAKA.cuba hangpa tengok gambar depa bertiga ni,macam nak sama la muka depa,perangai pun lebih kurang ja.


TAZKIRAH RAMADHAN. APA ADA DENGAN TAMAR



Buah Tamar atau dikenali sebagai buah Kurma adalah sejenis buah yang banyak khasiatnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah memerintahkan Maryam untuk mengoyangkan pohon Tamar supaya buahnya gugur untuk dimakan oleh Maryam semasa beliau hendak melahirkan Nabi Isa. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas : " Sesiapa yang makan tujuh biji Tamar A'jwah maka sihir dan racun tidak dapat memudharatkannya."Tidak ada yang lebih baik dari Tamar sebagai makanan dan ubat kepada perempuan yang hamil. Antara kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada buah Tamar ialah:

* Memberi kekuatan kepada urat dan anggota badan.
* Melambatkan proses penuaan lebih-lebih lagi sekiranya diminum dengan susu.
* Khasiat yang ada pada buah Tamar lebih baik daripada daging dan tiga kali ganda daripada ikan.
* Mujarab untuk mereka yang menghadapi masalah kurang darah dan sakit dada.
* Jika diminum dalam bentuk jus maka ia sangat baik bagi kanak-kanak,orang tua,ahli sukan,buruh dan perempuan hamil.
* Menambahkan berat badan bayi.
* Menjaga kelembapan mata, menambah kilauan mata, mencegah biji mata daripada terkeluar, mencegah daripada terjadinya selaput mata dan menguatkan penglihatan.
* Menguatkan pendengaran.
* Mengurangkan gementar dan menambahkan ketenangan jiwa jika dimakan diwaktu pagi bersama susu.
* Melembutkan saluran darah serta mengekalkan kelembapan organ penghadzam yang mencegah daripada pendarahan.
* Menguatkan daya pemikiran.
* Mempercepatkan proses penghadzaman.
* Menguatkan tenaga batin dan mencergaskan badan.
* Melawaskan buang air kecil, membersih hati, mencuci buah pinggang, mengubati batuk,mengimbang kadar asid di dalam darah.
* Menguatkan rahim bagi ibu yang sedang hamil.
* Memudahkan ibu bersalin dan mengurangkan tumpah darah ketika bersalin.
* Membersih racun dalam darah.
* Membunuh cacing di dalam perut.
* Mempunyai kadar serat yang tinggi.
* Memberi tenaga yang segera selepas berbuka.

Ayid>>>> Bulan Ramadhan ini kena buat tazkirah sikit


Posted: by Saidi



Sumber:
www.55a.net

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712