Tuk Guru Kito


Selasa, 5 Mei 2009

Speaker cuba tangguh DUN Perak




IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mendakwa telah menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui Pejabat Istana Kinta di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam bagi memohon perkenan baginda supaya menangguhkan Sidang DUN Perak yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Sivakumar memberi alasan penangguhan itu perlu dilakukan kerana kes melibatkan kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah.

Selain itu, Sivakumar turut menyuarakan kebimbangan akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipercayai agak sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

Sivakumar yang cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Dalam pada itu, tindakan Sivakumar tersebut disifatkan Exco Kanan kerajaan negeri Perak, Datuk Hamidah Osman sebagai memperlihatkan sikapnya untuk menggagalkan sidang berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712