Tuk Guru Kito


Rabu, 13 Mei 2009

Menteri Besar haram dibenar jalankan tugas Menteri Besar halal-Hanifa Maidin

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?
Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-
a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :
(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.
b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.
d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.
Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.
Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.
Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.
Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut.
Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.
Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).
Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam.
Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.
Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Mahkamah Rayuan dengar rayuan Ds Nizar 18 Mei ini

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.
Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.
Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai siasia.
Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

Luahan rasa


Salam,setelah seharian x menulis malam ni nak jugak penulis meluahkan apa yang penulis dok rasa semenjak semalam dari rasa seronok kepada sakit ati yang amat sangat,kawan2 penulis asyik dok perli penulis saja ,lagi bertambah berasap telinga la,memang dah ada berita angin dari awal lagi waktu berusrah hari jumaat baru ni,s/u cawangan merangkap Pegawai khas Hj nizar kat dun pasir panjang bgtau menang pun akan jadi kusut kalah pun sama,jadi memang betui la jangkaan tersebut,dari mula dah ada yang x kena dan akhirnya semalam mugabe 2 dengan megahnya kata dia akan menjalankan tugasnya sebagai MB,MB apanya dia x tau ka yang Ir Nizar masih lagi MB Perak,ades fening2,ingatkan dah settel rupanya lagi kusut tali dah jadi bergumpal2.Berpinau2 biji mata dok tgk kelakuan MUGABE 2

Lompat parti : Ini juga berita bohong .

Petang ini saya menerima email yang berbunyi " Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar, kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini ' jangan harap kamu akan dipilih "

Katanya email ini mereka dapat dari blog Pembela Negara . Begitulah nasib pengirim email ini dia telah memperolehi berita dari blog yang pro BN. yang anehnya dia nampak percaya sangat dan saya mengambil sedikit ruangan di blog ini untuk menjawab kepada umum

5 ADUN PAS nak masuk Bebas ?

Sekitar jam 3.40 petang tadi saya dihubungi oleh rakan media dari akhbar Berita Harian bertanyakan satu berita yang diperolehi sekadar untuk mendapatkan pengesahan atas nama Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

soalannya mengejutkan "adakah benar 5 ADUN dari PAS nak keluar jadi Bebas?"

Sebenarnya diapun tidak percaya dengan berita itu, lalu saya pun menafikan dan menganggap satu cerita bohong dan tidak berasas. Selain itu saya mempertanyakan kenapakah hanya lima orang sedangkan ADUN PAS semuanya 6 orang, siapakah yang tercicir ?

Nampaknya musim sekarang adalah musim berita angin yang pelbagai bentuk, tidak dilayan tidak boleh , kita layan nampak macam buang masa saja...


Baca Seterusnya...

Gerakan saran bubar DUN, Pemuda PAS saran bertenang

PULAU PINANG: Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.
Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam bahawa ia terpulang kepada Zambry untuk memutuskan tindakan susulan ekoran kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.
"Saya kuat mengatakan rakyat Perak perlu mempunyai kata putus dalam hal ini kerana setiap kerajaan memerlukan kesahihan dan keraguan hanya boleh diselesaikan menerusi pilihan raya semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan permohonan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dr Teng berkata Zambry harus menghentikan prosiding mahkamah untuk menentukan kesahihan jawatan Menteri Besar.
Katanya dengan mengembalikan kuasa memilih kerajaan baru kepada rakyat yang semestinya mahu bersuara dalam perkara ini, maka Barisan Nasional (BN) sekali lagi menunjukkan ianya mendukung prinsip demokrasi serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Sementara itu di IPOH, Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang diisytihar oleh Mahkamah Tinggi sebagai menteri besar yang sah, telah memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB

YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

http://misabah.blogspot.com

Baca Seterusnya...

Terkini dari Ipoh.

11.10 pagi: Peguam Nizar mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.20 pagi: Zambry mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco.

9.17 pagi: Zambry tiba di bangunan SUK untuk kembali mula bertugas sebagai Menteri Besar Perak.

9.10 pagi: Wartawan masih menunggu ketibaan Zambry.

8.45 pagi: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir belum kelihatan.

8 pagi: Wartawan menunggu kedatangan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Bangunan SUK.

7.30 pagi: sebahagian anggota FRU meninggalkan kawasan pekarangan Bangunan SUK, tugas kawalan diambil alih oleh pasukan polis.

Baca Seterusnya...

Team peguam Nizar siap untuk failkan di Mahkamah Rayuan.

Kumpulan Peguam yang mewakili DS. Nizar telah siap untuk menfailkan permohonan di mahkamah Rayuan pada hari ini mencabar keputusan yang diputuskan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kedudukan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah.

'Saya masih MB yang sah'-Nizar





Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tina DS. Nizar dan Isteri memasuk Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.
IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas.
Sambil menyatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.
Pada satu sidang akhbar, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.
Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.
Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.
Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah.
-Harakahdaily-

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712