Jumaat, 30 Oktober 2009
Mencari penyelesaian
Bahana 1 Malaysia
Kos baru untuk kenderaan lama - Hampir dua juta kenderaan lama wajib jalani pemeriksaan Puspakom
KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.
Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut adalah langkah awal pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV).
Menurut beliau, pelan ELV akan dirangka oleh Kementerian Pengangkutan.
Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir dua juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.
Mengikut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dan berusia 10 tahun ke atas ialah sebanyak 2.7 juta buah.
"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalamOleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my
komen:
Inilah akibatnya bila rakyat pilih perompak dan pencuri jadi pemimpin,dah la kena cukai macam2 ni nak kena keluar duit buat pemeriksaan kat puspakom, mana dengan insuran mahal, cukai jalan lagi ni pulak tambah satu lagi kos.Depa dok ingat semua rakyat mampu pakai kereta baru kot,memang celaka betui la najaib altantuya,buat benda2 yang menyusahkan rakyat bukannya nak fikir bagi rakyat senang.Boleh mampos rakyat lama2 dok macam ni,lagi negara maju lagi kena banyak kena keluar duit.Senang ceta kita pakat jual keta naik bas baru puas hati.
Selasa, 27 Oktober 2009
Sembilan tahun guna air perigi
|
Nawi menunjukkan paip yang tidak berfungsi di Kampung Kalai, Jeli semalam. |
JELI - Penduduk Kampung Gunung Reng dan Kampung Kalai di sini menggesa kerajaan negeri agar meninjau permasalahan yang dihadapi mereka yang terpaksa menggunakan air perigi sejak sembilan tahun lalu.
Puncanya kerana bekalan air bersih yang disalurkan ke kampung itu kerap mengalami gangguan ekoran tekanan air rendah walaupun masalah itu telah diadukan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Lebih mengecewakan lagi apabila mereka terpaksa menjelaskan bil air setiap bulan walaupun tidak mendapat bekalan air dengan sempurna.
"Jika bekalan disalurkan dengan baik pada setiap masa, penduduk tiada halangan membayarnya," kata seorang penduduk Kampung Gunung Reng, Mat Jusuh Sulaiman, 65.
Katanya, dia terpaksa memunggah air perigi yang terletak sejauh 500 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian.
Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMEDberita@kosmo.com.my
Rabu, 21 Oktober 2009
Ayat al-Quran pada kulit bayi
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
Lagi peristiwa sejadah berdiri
PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.
Rabu, 7 Oktober 2009
Undi Pos
Sehari dua ni tajuk di atas menjadi perbincangan panas dikalangan Para pemimpin tak kira samaada Pakatan Rakyat ataupun UMNONGOK,sebabnya pilihanraya kat Bagan Pinang,sudah tentulah Puak2 UMNONGOK seronok undi pos dikekalkan sebab dah tentu undi2 tersebut dimanipulasikan oleh mereka.Hari ni MC nak cerita sikitlah pengalaman MC tentang undi pos ni sebab MC adalah bekas tentera,tapi bukan la pencen.Dalam tentera MC pernah 2 kali mengundi,sebenarnya kalau nak diikutkan banyak dikalangan anggota tentera mengundi pembangkang tetapi bila time pengiraan undi dah tentu undi2 tersebut akan beralih arah(faham2 je lah)Bila dah tamat perkhidmatan dalam tentera MC pi la daftar mengundi sebagai orang awam, yang paling mengejutkan nama MC masih lagi ada dalam senarai undi pos maknanya kalau la MC x pi daftar maka selama-lamanya nama MC akan terus berada dalam undi pos,alasan yang digunakan oleh pihak terbabit x cukup kakitangan untuk up date nama2 tentera yang berhenti ataupun pencen.Dalam pejabat MC ramai dikalangan kami adalah yang pencen tentera dan bila ditanya depa dah daftar pengundi atau belum,jawapan mereka belum lagi dan depa kata x payah lah daftar mereka sokong jugak pakatan rakyat,ini lah yang payah.Nama2 mereka ini kalau x p daftar mesti ada lagi dalam senarai undi pos dan boleh lah dipangkah oleh pihak2 berkenaan.Boleh check kalau x percaya.Itulah realiti sebenarnya.Gambar di atas jadi contah,beliau dah bersara hampir 6 bulan tapi nama beliau masih ada lagi dalam undi pos.
Isnin, 5 Oktober 2009
Abdul Azeez masuk hospital akibat ditumbuk
|
ABDUL AZEEZ menunjukkan laporan polis mengenai kes beliau dipukul di Hospital Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.
Abdul Azeez ketika ditemui pemberita semalam berkata, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.
"Pada hari kejadian selepas solat Maghrib, saya rasa tak sedap badan dan muntah-muntah. Rakan saya yang juga seorang doktor kemudian menasihatkan saya untuk pergi ke hospital.
"Doktor telah menjalankan ujian menggunakan mesin pengimbas x-ray. Saya sukar untuk menoleh ke kiri atau ke kanan selain kedua-dua tangan turut terasa kebas," ceritanya ketika ditemui Wad Otopedik HKL di sini semalam.
Jelas Abdul Azeez, laporan x-ray mendapati, beliau mengalami kecederaan pada bahagian tisu di bahagian tengkuk tetapi bernasib baik tidak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my
MC kagum betui dengan orang yang tumbuk ketua mat rempit ni,selepas dua tiga hari kena tumbuk( katanya) baru terasa sakit dan terus masuk hospital,ilmu apa yang dia pakai sampai teruk si ketua mat rempit 2 kena,hairan betui MC,apa2 pun memang baguih betui lakonan beliau layak dapat dapat anugerah pelakon pelakon tamil terbaik.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Menghitung hari
Khamis, 1 Oktober 2009
Dunia o dunia
Gempa bumi gegarkan Malaysia
KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.
Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.
Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.
Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.
"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.
"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
syed.zulkarnain@kosmo.com.my
manjungcorner :
Marilah kita sama-sama renung sejenak kejadian yang telah berlaku semalam dibeberapa buah negara termasuklah negara malaysia sendiri,kejadian2 berikut berlaku tanpa sebarang amaran dan tentunya semua ini adalah petanda dari Allah s.w.t untuk memberi peringatan kepada manusia tentang apa yang telah mereka dan kita lupa tentang tujuan kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini.Di malaysia terdapat banyak kejadian2 yang menimpa antaranya gegaran yang berlaku disekitar Kuala lumpur,penang.ribut kuat yang berlaku,hujan batu dan sebagainya.Jadi renung2 kan.
K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712