IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini. Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam. Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini. Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN. "Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya. "Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak. "Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya Johari Jaafar Wed | May 27, 09 | 7:56:16 am MYT Komen manjungcorner : Penulis setuju sangat la dengan saranan di atas,kita tengok macamana sokongan yang akan diberikan oleh rakyat perak kepada beliau.kalau betui la dia seorang ulama tentu ada sokongan tapi kalau sebaliknya kita tengok ja la.
|