Tuk Guru Kito


Khamis, 1 Oktober 2009

Dunia o dunia

Alhamdullilah setelah seminggu cuti raya,baru ada semangat nak menulis dalam blog kesayangan ku ini,mayb mod raya x abis lagi kot.Keja kt ofispun mcm x de ja,tapi bos bagi task untuk contact company kt U.K,bab2 ni memang bos bagi aku handle tapi yang malasnya berurusan dalam tel ni tambah pulak kat sana mat saleh bercakap loghat scotish jenuh nak memahamnya.tapi kira dah setel la sebab company 2 ada agen kt K.L.Emmm semalam kita dikejutkan dengan bencana ataupun ujian yang menimpa dibeberapa negara di sekitar lautan pacific termasuklah Malaysia,tsunami,gempa bumi yang kuat,ribut.taufan dan hujan batu.kalau2 direnung sejenak kebelakangan ini kejadian2 pelik ini makin kerap berlaku,mungkin ini petanda besar dunia menuju ke arah kehancuran (kiamat)mungkin kedengaran melampau tapi itulah hakikat yang perlu kita semua telan dan terima serta hisab diri dan meperbanyakkan amalan untuk menghadapi saat2 tersebut.Tidak mustahil kejadian2 tersebut petanda dari Allah ataupun bala disebabkan terlalu banyak kemungkaran yang berlaku dewasa ini.Dunia sendiri sudah tidak mampu menanggungnya lagi maka marilah kita sama2 menilai kejadian tersebut sebagai iktibar yang perlu kita jadikan pengajaran.

Gempa bumi gegarkan Malaysia


AMARAN. Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Kuarters Hospital Kuala Lumpur, Azmi Zahari mengarahkan semua penghuni pangsapuri itu turun mengosongkan rumah masing-masing selepas gegaran kuat semalam.


KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang di sini semalam gempar apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa lokasi di ibu kota bergegar ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda Padang di Sumatera Barat, Indonesia.

Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati di Sumatera dalam kejadian tersebut setakat malam semalam.

Gegaran yang berlaku selama beberapa minit sekitar pukul 6 petang itu turut menyebabkan orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan bagi mengelak sebarang kemungkinan.


CEMAS... Para pekerja Menara Celcom di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bergegas keluar berkumpul di luar bangunan tersebut selepas merasai gegaran kuat akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Sumatera, Indonesia semalam.


Salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana di Bandar Sri Pemaisuri, Norita Nordin, 25, berkata, dia merasai gegaran itu sebanyak dua kali sebelum berasa pening-pening.

"Beberapa minit kemudian, jiran-jiran sebelah rumah menjerit suruh kami keluar dari pangsapuri ini.

"Ini kali keempat gegaran berlaku di sini, saya yang takut kemudian lari turun kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di hadapan pintu masuk pangsapuri itu.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
syed.zulkarnain@kosmo.com.my

manjungcorner :

Marilah kita sama-sama renung sejenak kejadian yang telah berlaku semalam dibeberapa buah negara termasuklah negara malaysia sendiri,kejadian2 berikut berlaku tanpa sebarang amaran dan tentunya semua ini adalah petanda dari Allah s.w.t untuk memberi peringatan kepada manusia tentang apa yang telah mereka dan kita lupa tentang tujuan kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini.Di malaysia terdapat banyak kejadian2 yang menimpa antaranya gegaran yang berlaku disekitar Kuala lumpur,penang.ribut kuat yang berlaku,hujan batu dan sebagainya.Jadi renung2 kan.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712