Tuk Guru Kito


Jumaat, 11 September 2009

Inkues Beng Hock: Permohonan semakan SPRM ditolak

PETALING JAYA 10 Sept. - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan koroner bahawa keterangan seorang suspek, T. Sivanesan adalah relevan kepada inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati Koroner Azmil Muntapha Abas tidak terkhilaf ataupun melakukan perkara yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar di sisi undang-undang ketika membenarkan Sivanesan memberi keterangan sebagai saksi.

Wee Siam yang bersidang di sini turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup yang mewakili SPRM agar prosiding inkues ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Beliau sebaliknya memerintahkan agar Mahkamah Koroner Shah Alam mendengar prosiding inkues seperti biasa pada pukul 9 pagi esok.

Semalam, peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM memfailkan permohonan semakan terhadap perintah Azmil yang membenarkan Sivanesan yang pernah disoal siasat oleh SPRM Selangor lebih setahun lalu memberi keterangan pada prosiding inkues.

Azmil membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo setelah koroner tersebut berpendapat keterangan Sivanesan adalah relevan dalam membantunya mengenal pasti punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Namun belum sempat Manoj berhujah, peguam Karpal Singh dan Gobind yang mewakili keluarga Beng Hock mengemukakan bantahan awal dengan alasan permohonan itu perlu dikemukakan secara rasmi dan disokong oleh afidavit, selain mempertikaikan kehadiran Manoj.

Bantahan awal Karpal bagaimanapun ditolak kerana menurut Wee Siam, beliau telah meneliti nota prosiding kes tersebut.

Manoj dalam hujahannya menyifatkan keputusan Azmil bukan sahaja silap di sisi undang-undang malahan keterangan Sivanesan semata-mata hendak memburuk-burukkan dan mencemarkan imej SPRM.

Sehubungan itu, Manoj memohon Wee Siam menggunakan kuasa semakan yang ada untuk memadamkan keterangan Sivanesan dan juga gambar-gambar kecederaan lelaki itu yang didakwa disebabkan oleh kakitangan SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Ketika membalas hujah, Gobind mendakwa, kakitangan SPRM yang menjadi saksi inkues tidak bercakap benar dan hanya menafikan berlakunya penderaan menyebabkannya terpaksa memanggil Sivanesan untuk memberi keterangan.

Inkues yang masuk hari ke-20 akan didengar di Mahkamah Koroner Shah Alam esok seperti arahan Mahkamah Tinggi.

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712