Khamis, 7 Mei 2009
Ucapan Penghargaan
Sekalung ucapan terimakasih penulis ungkapkan kepada Y.B Dr.Idham Lim kerana beliaulah penulis dapat up date blog penulis dengan pantas,dalam kesibukan menghadapi UBN di dalam dewan,beliau masih lagi mampu untuk menceritakan suasana di dalam dewan berserta gambar sekali,tanpa beliau mungkin para blogger2 x dapat maklumat kerana kami duduk diluar tanpa mengetahui perkembangan di dalam dewan.Rentetan dari peristiwa yang berlaku pada hari ini kita telah dapat kesimpulan bahawa UBN denga apa cara sekalipun telah bersedia untuk merampas kuasa di dalam dewan,mereka telahpun merancang apa yang kan mereka lakukan di dalam dewan tersebut,kalau tidak x akan ada polis yang menyerbu dewan,seperti yang kita maklum bahawa selain Sultan,speakerlah yang berkuasa di dalam dewan yang mulia itu.
Satu hari yang mencabar
Ucapan sekalung tahniah penulis kepada Speaker S.Sivakumar kerana berjuang hingga ke akhir,anda begitu tabah menghadapi situasi genting.Teruskan perjuangan anda kerana ini baru bermula panjang lagi perjalanan yang harus dihadapi angkara ubn yang mempermainkan undang2.Segala yang berlaku pada hari ini bukan saja disaksikan oleh rakyat negeri perak tetapi oleh masyarakat dunia,jangan gentar untuk meneruskannya,Kepada semua rakyat Perak saksikan lah betapa buruknya kelakuan UBN memperlakukan Dewan Persidangan dengan sebegitu rupa,kerana tamakkan kuasa mereka sanggup lakukan apa saja asal mereka dapat berkuasa.Semoga Tuanku Sultan dapat pentunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t supaya membubarkan Dun untuk mengelak kekusutan yang timbul akibat dari masalah sekarang ini.
Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Per
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.
Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.
Baca Seterusnya...
Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Maajlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
Update 3.45pm - (HOT) Adegan musti kena tonton Sidang DUN Perak hari ini !
ni lah jadinya kalu speaker tidak lagi dihormati
Boleh tahann..maa !!
Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
Raja muda Perak masuk ke dewan.
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
Baca Seterusnya...
Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
Baca Seterusnya... Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM
BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
TERKINI Jam 2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
Baca Seterusnya...
Keadaan tenang didalam Dewan.
Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya dibawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada dikerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduk nya sejak pagi tadi.
Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai njika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya
Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya didalam kamar bertarikh 6 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditanggtuh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.
Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.
Baca Seterusnya...
Ganesan sedang meneruskan Sidang Haram.
Ganesan sedang mengendali8kan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.
Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.
Lucu, aneh, tapi benar..
Persidangan Dewan semakin kecoh
BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru
ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.
Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.
Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa speaker yang masih sah.
ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.
cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
Baca Seterusnya...
arahan speaker masih belum di ikuti
sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.
Sementara iru Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.
Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.
Baca Seterusnya...
keadaan kecoh berlarutan
Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.
keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.
Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula
Baca Seterusnya...
Thursday, May 07, 2009 10:29 AM
Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.
Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.
10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.
(9) 7May @ Perak - Update 10.20am
Adun Bebas, no komen..kejap lagi nak layan..! Dewan tidak dapat bersidang. Arahan Tuan Speaker diderhakai oleh mereka yg tidak diundang ke dewan. 10 Adun yg digantung itu, 7 adalah dari BN dan 3 dari adun yg melompat.
TERKINI Jam 10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar Dewan ikut ketetapan Speaker
Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4.3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.
Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.
Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.
Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan
Baca Seterusnya...
(7) 7May @ Perak - Update 10.15 am (foto)
Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub pula ditangkap di pekarangan Medan Istana. Walaubagaimanapun..YB Mujahid Yusuf Rawa tidak ditangkap walaupun berada bersama Salahudin. Mereka kini dibawa ke IPK Ipoh.
Sementara itu, lebih kurang 40 orang Ahli AMK PKR juga telah ditangkap ketika cuba memasuki kawasan pekarangan Bangunan SUK. Kesemuanya telah dibawab ke Ibu Pejabat FRU di Sungai Senam..
Wak dah cakap..apa yang Salahuddin dok cari tu tadi dia dah jumpa, terjumpa abang Polis, dah kena hangkut, ada dalam terak..wak tak boleh nak tolong, wak cuma boleh tolong tulis saja..adehh!!
Kini semua Adun telah masuk ke dewan, menanti signal dari hantu2 wak dari dalam dewan pulak, nampaknya signal belum dapat lagi..mungkin sedang dok ushar kerusi yg dah tukar nombor..! Wak dah letak 3 hantu wak kat dalam sana, harap2 hantu2 wak dapat melaporkan terus ke laptop wak dengan penuh cemerlang.
TERKINI Jj am 9.55: Suasana ADUN Lompat masuk ke Dewan
TERKINI Jam 9.45:Kami masuk Ke Dewan
Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.
(5) 7May @ Perak - Update 9.45 ( tangkapan kian besar)
Raja Muda Perak telah selamat tiba, pintu Dewan akan dibuka apabila acara protokol selesai dilakukan, dari sumber memaklumkan semua Adun akan mula masuk ke dewan pada jam 10 pagi.
Siapa juga yg jejak dalam kawasan zon larangan 500 meter akan ditangkap, dan akan dihumbankan ke dalam trak..lu nak rasa kena humban lu pijak laa..tengok takpa..tak kena tangkap! Siren kereta polis dah mula sibuk berbunyi..bawak tangkapan ke balai ler tu..tepi2.. beri..laluan! Tak cukup atas jalan kena tangkap, mamat tengah minum kopi pun kena hangkut jugak..adehh...kulit hitam takpa, jangan pakai baju hitam..!
Air lengkong..air lengkong...! Singgit..singgit..! Yeop minum ayor kaler hitam, kena tangkap juger ker ? Idakk yer...okay..bak 3 teman nak beli..hauss sesangat ni yeop!
Majlis protokol dan perbarisan baru saja selesai, semua Adun mula memasuki dewan sekarang ! Blogger sudah mula nak kena halau..angkat laptop sekarang !!
A white van with a satellite dish is parked outside. The dish is pointing in the direction of the State Assembly building. Inside the van are electronic devices.!
Hati-hati semua...!!
4) 7May @ Perak - Update 9.30am ( Sepanduk Sultan Perak dibakar ?)
Wak dimaklumkan Papan tanda besar Sultan Perak dibakar di Simpang 3 Parit Buntar ? MasyaAllah..angkara provokasi siapa ? Foto akan menyusul kemudian..
Kembali ke Ipoh :
Suasana seakan2 zon perang. Dengan polis yang ramai, kenderaan lengkap bersenjata. Abg Polis jangan tanya..apa yg depa tak bawak..! Rakyat berbaju hitam akan ditangkap..tok bomoh dilarang hadir..pasal kalau lu hadir...lu mesti kena tangkap..pasal baju lu hitam ! Kulit hitam takpa..lepass..kalau kena tangkap jugak..kantoi ler zambry !
Idham Lim laporkan, semua Adun Pakatan Rakyat dikawal ketat, masih tidak dibenarkan masuk ke dewan.terima kasih abg polis yg sudi jaga Adun kami ! Takbir !
Dimaklumkan lebih dari 25 orang telah dtangkap setakat jam 9.15 am, sebahagian besar berbaju hitam, bukan kerana kulit dan misai mereka hitam ! Muka kami pulak naik hitam..bila FRU dok ushar macam kami ni apa..!! *&$%..&@~^^^^..' itu ajer yg boleh kami sebut..
9.35am
Raja Nazrin telah tiba..dan lagu Negaraku sedang dimainkan..
TERKINI Jam 9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan
Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.
Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali.
Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka
UMNO NIZAR ZAMBRY:PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK
BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:
8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR dan ADUN Teratai dari DAP adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.
8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.
8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.
7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing.
SUBER KREDIT READMORE