Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan dan kekuatan kepada penulis untuk sama-sama hadir Ke Perhimpunan mansuhkan ISA,biarpun penulis sebelum ini adalah seorang tentera tetapi gementar dan risau tetap ada kerana memikirkan risiko apabila berhadapan dengan Puak2 Polis dan Fru,penulis bergerak dari Lumut bersama-sama pemuda dan jugak AJk DPPKL berkonvoi 3 buah kereta.pada mulanaya kami bercadang nak meninggalkan kereta kami di sg.buluh ataupun batu caves sebab berita yang penulis dapat dari adik penulis menyatakan bahawa semua jalan masuk ke Kuala lumpur telah ditutup,jadi kami bersepakat untuk cuba masuk setakat yang boleh,dalam perjalanan memang ada sekatan oleh Polis tetapi alhmadulillah semuanya lepas,selepas berhenti makan kami meneruskan perjalanan,saudara walif iaitu salah seorang yang kena tangkap merupakan org KL jadi kami biarkan beliau yang mengemudi perjalanan kami,terlelap seketika bila terjaga saja kami sudah berada di penchala link,jadi penulis rasa tiada masalah untuk kami sampai ke masjid negara memandangkan jalan semua clear.
Kami tiba di masjid negara kira-kira jam 3 pagi,kesempatan digunakan sementara menunggu subuh untuk melelapkan mata,setelah menunaikan solat subuh kami mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum mandi dan sebagainya,pagi 2 penulis pekena mee sup di medan selera yang terletak berdekatan pintu masuk ke Bukit Aman yang tak pernah aman.setelah masing-masing kenyang kami pun balik semula kemasjid negara,ketika itu sudah kelihatan ramai peserta yang hadir,kami berdoa semoga perhimpunan pada hari ini akan mencapai sasaran.
Tiba masa untuk mandi.terpaksa beratur panjang pasai orang dah ramai,segar bila dah kena air,abis saja bersiap dah tak tau nak buat apa.penulis dan seorang sahabat bercadang nak keluar cari surat khabar,tapi penulis mula rasa tak sedap hati sebab polis dah ramai berlegar-legar disekitar masjid,hairan jugak sebab perarakan start pukui dua.jalan pulak semua telah disekat macamana nak keluar,sb pun dah mula datang meronda tiba-tiba kedengaran pengumuman dari dalam masjid mengarahkan semua jemaah yang berada dalam masjid supaya bersurai,dan meninggalkan kawasan masjid.Dan telah ada tangkapan yang dilakukan oleh polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan