Tuk Guru Kito


Sabtu, 16 Mei 2009

JAIM pindahkan makam Sultan Ariffin


KERATAN Kosmo! 10 Mei.


MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertekad untuk memindahkan lokasi makam Sultan Ariffin di Pulau Besar ke satu tempat yang belum ditentukan bagi mengelak pemujaan berterusan di pulau berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, langkah itu difikirkan perlu bagi membendung amalan khurafat.

Sehubungan itu, pihaknya akan ke Pulau Besar tidak lama lagi bagi melakukan pemeriksaan terhadap aktiviti di situ dan memusnahkan sebarang objek yang didirikan bagi tujuan pemujaan.

“Saya fikir tidak mustahil Pulau Besar pada satu hari nanti boleh menjadi sebuah tempat yang bebas daripada sebarang pemujaan atau amalan khurafat.

“Apa yang penting bagi golongan bukan Islam yang datang ke pulau itu adalah menghormati peraturan agama Islam apabila berada di Pulau Besar,” jelasnya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas siri laporan Kosmo! sebelum ini mengenai amalan khurafat termasuk bertapa dan perbuatan orang bukan Islam yang berzikir di makam di pulau berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rahimin tidak memberitahu bila tarikh sebenar operasi di Pulau Besar dan pemindahan makam Sultan Ariffin yang menjadi salah satu makam kegemaran pengunjung untuk bernazar dan berzikir di pulau berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K-Charge ( local made)RM 250

K-Charge ( local made)RM 250
berminat boleh hubungi saya 019-5451712